EKASIH SEMAK : SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN 2025
eKasih adalah sistem pangkalan data kebangsaan yang diwujudkan bagi membantu kerajaan merancang, melaksanakan dan memantau program-program pembasmian kemiskinan di Malaysia. Sistem ini mengumpulkan data mengenai isi rumah yang miskin atau miskin tegar agar bantuan yang disalurkan adalah tepat dan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang syarat kelayakan, jenis bantuan eKasih dan cara membuat permohonan, anda boleh semak butiran di bawah. Semua info mudah kami himpunkan dalam artikel ini.
BACA JUGA: BANTUAN IBU TUNGGAL : LANGKAH PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS
APA ITU EKASIH?
eKasih bukanlah satu program bantuan secara langsung, tetapi satu pangkalan data (bank data) isi rumah miskin dan miskin tegar yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Melalui eKasih, kerajaan dan agensi berkaitan dapat menyemak:
- Status kemiskinan seseorang secara dalam talian.
- Maklumat bantuan yang diterima oleh ketua isi rumah dan ahli isi rumah.
- Pengemaskinian data berkaitan pendapatan, pekerjaan, harta, pendidikan dan lain-lain.
- Pemantauan dan pengiraan status kemiskinan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
JENIS BANTUAN EKASIH YANG DISEDIAKAN
Bagi mereka yang berdaftar dalam eKasih, ada beberapa jenis bantuan yang boleh diterima. Antaranya adalah seperti dalam jadual berikut:
| JENIS BANTUAN | KEGUNAAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Bantuan tunai langsung untuk meringankan kos sara hidup. | Jumlah ikut kategori penerima B40/M40, tidak dinyatakan satu jumlah tetap untuk semua. |
| Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Pendekatan bersasar; sebahagian pertambahan hasil negara dan penjimatan subsidi diagihkan semula kepada yang memerlukan. | Jumlah ikut kategori penerima B40/M40, tidak dinyatakan satu jumlah tetap untuk semua. |
| Skim i-Suri / i-Saraan KWSP | Untuk surirumah yang berdaftar eKasih. | Padanan caruman 50% daripada kerajaan, sehingga maksimum RM300 setahun atau RM3000 seumur hidup, atau sehingga umur 55 tahun (mana-mana yang terdahulu). |
| Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) Sabah 2025 | Bantuan bulanan untuk ketua isi rumah miskin tegar/ miskin dan ahli isi rumah umur 18 tahun ke atas, berdaftar eKasih. | RM300 sebulan, disalurkan setiap tiga bulan sebanyak 4 fasa dalam setahun. |
| Bantuan dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) | Beberapa jenis skim bantuan mengikut kategori: kanak-kanak, OKU, orang tua, bantuan am negeri / persekutuan, alat sokongan, pelancaran, latihan, pelihara, dll. | Bantuan Kanak-Kanak RM150-RM1000 sebulan; Elaun Pekerja Cacat RM500 sebulan; Bantuan Orang Tua RM500 sebulan; dan lain-lain mengikut kategori. |
Nota: Ada had maksimum / minimum tertentu untuk sesetengah bantuan, dan jumlahnya mungkin berubah mengikut negeri atau dasar kerajaan semasa.
APA SYARAT KELAYAKAN UNTUK MOHON BANTUAN EKASIH?
Ada beberapa syarat asas untuk layak memohon bantuan melalui eKasih. Antaranya ialah:
- Isi rumah atau individu mestilah tergolong dalam kategori miskin atau miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Mendaftar sebagai Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) dengan maklumat lengkap seperti butiran peribadi, lokasi, pendidikan, pekerjaan, harta, kesihatan, pendapatan, bantuan yang pernah diterima, dan lain-lain.
- Untuk bantuan-bantuan khas seperti i-Suri dan SYUKUR, ada syarat tambahan seperti umur, status tempat tinggal, negeri (contohnya SYUKUR Sabah) dan kadang kala keperluan lain yang ditetapkan oleh kerajaan negeri atau agensi.

BAGAIMANA CARA MOHON BANTUAN EKASIH?
Individu yang ingin memohon atau mendaftar eKasih boleh mengikut panduan mudah seperti di bawah:
- Daftar
- Calon boleh hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.
- Boleh juga melalui pemimpin tempatan seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) untuk membuat laporan atau pendaftaran.
- Lengkapkan maklumat
- Pemohon perlu melengkapkan maklumat dalam 9 komponen:
- Ketua Isi Rumah (KIR) & Ahli Isi Rumah (AIR)
- Lokasi
- Kediaman
- Pendidikan
- Kemahiran dan pekerjaan
- Harta
- Kesihatan
- Bantuan yang pernah / sedang diterima
- Pendapatan.
- Pemohon perlu melengkapkan maklumat dalam 9 komponen:
- Rujuk carta aliran proses pendaftaran dalam gambar di bawah:

Makluman: Kelulusan serta tempoh pemberian bantuan ditentukan oleh agensi berkenaan, mengikut syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
EKASIH SEMAK STATUS
Pemohon boleh semak status eKasih secara online melalui portal rasmi di ekasih2.icu.gov.my. Pemohon perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan (tanpa tanda “-”) dan captcha. Jika tidak dapat akses online, boleh hubungi PPN Negeri atau Pejabat Pembangunan Negeri / Pejabat Daerah. Berikut adalah langkah lengkap untuk semak eKasih:
- Layari portal rasmi eKasih: https://ekasih2.icu.gov.my
- Isikan nombor kad pengenalan anda tanpa ‘-’ dan captcha yang betul.
- Klik “Cari / Klik Untuk Carian”.
- Jika perlu bantuan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi nombor pejabat PPN mengikut negeri. Juga boleh hubungi jabatan pusat seperti ICU, Jabatan Perdana Menteri.

SOALAN LAZIM (FAQ) EKASIH SEMAK
Tidak, eKasih hanyalah pangkalan data. STR dan bantuan lain menggunakan data eKasih sebagai rujukan.
PGK ialah paras minimum pendapatan isi rumah untuk menampung kos sara hidup asas.
Tidak, ia terbuka kepada semua kaum dan agama.
Ya, tetapi penilaian kelayakan tetap dibuat.
Maklumat perlu dikemaskini di portal atau pejabat berkaitan.
Boleh, asalkan semua maklumat isi rumah lengkap.
Ya, boleh buat rayuan dengan dokumen lengkap.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi eKasih Semak ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal rasmi eKasih: https://ekasih2.icu.gov.my
- Laman rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri: https://www.icu.gov.my
- Nombor pejabat PPN mengikut negeri:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Perkhidmatan MyGCC iaitu Panggilan Suara, SMS, E-mel, Facebook, Twitter, Instagram dan Aplikasi Chatbot yang boleh diringkaskan seperti berikut:
- Telefon/SMS/IVR : 03-8000 8000
- E-mel : [email protected]
- Aplikasi Chatbot : SITI@MyGCC
- Facebook : facebook.com/MyGCCMalaysia
- Instagram : @MyGCCMalaysia
- Twitter : twitter.com/MyGCCMalaysia
- Portal : www.malaysia.gov.my
- Saluran Panggilan : 7.30 pagi – 9.00 malam, 7 hari/minggu
- Saluran Bukan Panggilan : 24 jam, 7 hari/minggu