SEMAK BAYARAN STR FASA 3 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI

SEMAK BAYARAN STR FASA 3 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI

STR Fasa 3 2026 menjadi antara bayaran yang dinanti oleh penerima bantuan tunai di seluruh negara. Semakan status kelayakan amat penting bagi memastikan anda tidak terlepas bayaran yang dijadualkan. Walaupun tarikh rasmi belum diumumkan, penerima digalakkan sentiasa peka dengan info terkini daripada saluran rasmi.

Pastikan semak status secara berkala dan juga maklumat anda sentiasa dikemas kini supaya proses bayaran STR berjalan lancar tanpa sebarang isu.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

SIAPA LAYAK TERIMA BAYARAN STR?

Antara syarat-syarat kelayakan penerima STR adalah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

*Bagi individu bujang yang layak, bantuan akan disalurkan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2026?

Jumlah bayaran STR Fasa 3 berbeza bergantung kepada kategori penerima seperti isi rumah, warga emas dan bujang. Walaupun jumlah rasmi Fasa 3 belum diumumkan, struktur bayaran boleh difahami berdasarkan agihan bantuan Fasa 1 & Fasa 2. Semak jadual bayaran STR di bawah:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0700200150
1-21200300300
3-41700400450
>52200500600
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0200100100
1-2450100100
3-4700150200
>5950200250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
<RM5000600150150
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2026

BAGAIMANA BAYARAN STR DIAGIHKAN?

Bantuan STR disalurkan melalui beberapa kaedah bagi memastikan agihan berjalan lancar dan selamat. Antara kaedah bayaran:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BILA BAYARAN STR FASA 3 DIKREDITKAN?

Setakat ini, tarikh rasmi pembayaran bagi Fasa 3 masih belum diumumkan. Penerima disarankan untuk:

  • Sentiasa semak pengumuman rasmi bayaran STR
  • Mengikuti perkembangan terkini dari semasa ke semasa

Sebagai rujukan, bayaran Fasa 1 dan Fasa 2 sebelum ini telah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh kerajaan.

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
FASA 2BERMULA 10 MAC 2026

PENDAFTARAN AKAUN MYSTR

Bagi memudahkan urusan berkaitan STR, pemohon digalakkan untuk mempunyai akaun MySTR. Ikuti langkah ringkas berikut:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
PENDAFTARAN AKAUN MYSTR

SEMAK BAYARAN STR

Penerima yang layak boleh semak status bayaran STR melalui portal rasmi MySTR iaitu bantuantunai.hasil.gov.my atau melalui talian hotline BKK di 1-800-88-2747. Berikut langkah ringkas semakan:

SEMAK BAYARAN STR MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (rayuan baharu STR Fasa 3 diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (rayuan baharu STR Fasa 3 sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 3 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
SEMAK BAYARAN STR

SEMAK BAYARAN STR MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal rasmi, status bayaran STR juga boleh di semak melalui aplikasi rasmi kerajaan seperti MyGOV Malaysia. Kaedah ini memudahkan pengguna membuat semakan pada bila-bila masa melalui telefon pintar.

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Bayaran STR Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan STR Fasa 3 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
SEMAK BAYARAN STR

PERMOHONAN STR & PELUANG FASA 3

STR Fasa 3 turut membuka peluang kepada:

  • Individu yang tidak lulus sebelum ini
  • Mereka yang belum membuat permohonan

Ini memberi peluang kedua kepada yang layak untuk menerima bantuan.

PERMOHONAN STR & PELUANG FASA 3
  • Permohonan Baru STR Fasa 3 2026 boleh dibuat secara:
    • Online melalui portal MySTR
    • Manual melalui kaunter LHDN terpilih

PERMOHONAN BARU STR FASA 3 2026 SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PERMOHONAN STR & PELUANG FASA 3

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:

PERMOHONAN BARU STR FASA 3 2026 SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.
STR 2026 RAYUAN

STR 2026 RAYUAN

Proses pengemaskinian maklumat atau rayuan perlu dibuat sebelum 30 Jun 2026 untuk dipertimbangkan dalam STR Fasa 3. Berikut langkah-langkah rayuan:

1️⃣ Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my⁠
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat & muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Klik Hantar dan simpan bukti penghantaran

KEPENTINGAN KEMASKINI MAKLUMAT

Pengemaskinian maklumat amat penting bagi mengelakkan sebarang masalah bayaran. Cara kemaskini:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
KEPENTINGAN KEMASKINI MAKLUMAT

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bagaimana nak tahu saya layak STR Fasa 3?

Anda boleh semak melalui portal rasmi menggunakan akaun MySTR.

Perlu mohon semula untuk Fasa 3?

Tidak perlu jika anda penerima sedia ada dan masih layak.

Bila bayaran akan masuk?

Tarikh rasmi belum diumumkan, perlu tunggu makluman kerajaan.

Kenapa bayaran lambat masuk?

Mungkin disebabkan maklumat tidak lengkap atau proses semakan masih berjalan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semak Bayaran STR ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment