CARA MOHON BIASISWA BKNS 2026 : PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN KERAJAAN NEGERI SABAH
Biasiswa BKNS 2026 menjadi peluang keemasan buat pelajar Sabah yang ingin melanjutkan pengajian ke IPT tanpa beban kewangan yang tinggi. Melalui inisiatif kerajaan negeri ini, pelbagai tajaan ditawarkan mengikut pencapaian akademik dan bidang pengajian. Proses permohonan kini lebih mudah kerana semuanya dilakukan secara online melalui portal rasmi.
Jika anda bercita-cita tinggi untuk sambung belajar, inilah masa terbaik untuk semak kelayakan dan tahu cara mohon biasiswa BKNS secara online dengan mudah.
BACA JUGA: BANTUAN PENDAFTARAN IPT SABAH (BUDI) 2026
BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH (BKNS) 2026
Biasiswa BKNS ialah tajaan pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah khusus untuk anak negeri yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat IPT.
Permohonan dibuat melalui portal rasmi yang dikenali sebagai Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS), iaitu platform bersepadu yang mengurus semua jenis tajaan pendidikan negeri.
- Portal ini diwujudkan bagi:
- Menyelaras pelbagai bantuan pendidikan
- Memudahkan proses permohonan pelajar
- Menjadi pusat rujukan rasmi tajaan
Inisiatif ini selari dengan aspirasi pembangunan pendidikan di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya.

JENIS TAJAAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH
Terdapat beberapa kategori biasiswa yang ditawarkan mengikut tahap pengajian dan kecemerlangan akademik:
- Anugerah Biasiswa TYT Sabah (Sarjana Muda)
- Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah (Sarjana Muda)
- Biasiswa Perdana
- Diploma
- Sarjana Muda
- Sarjana
- Bidang Perubatan
Setiap tajaan mempunyai syarat dan kelebihan tersendiri bergantung kepada kelayakan pemohon.
SYARAT MOHON BIASISWA BKNS MENGIKUT TAJAAN
Syarat kelayakan biasiswa program tajaan BKNS mengikut pencapaian akademik pemohon adalah seperti perincian berikut:
- Anugerah Biasiswa TYT Sabah
- Minimum 9A dalam SPM termasuk Bahasa Melayu
- PNGK/CGPA 4.0 di peringkat Matrikulasi/Asasi/A-Level
- Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah
- Lulus STPM dengan CGPA 4.0
- Dicapai dalam satu kali peperiksaan atau setaraf
- Biasiswa Perdana
- a) Diploma
-Minimum 5 kredit SPM termasuk Bahasa Melayu
-Lulus Bahasa Inggeris (jika kursus guna BI) - b) Sarjana Muda
-CGPA minimum 3.0 (Diploma/STPM/Matrikulasi/Asasi)
-STAM sekurang-kurangnya Jayyid - c) Sarjana
-CGPA minimum 3.5 di peringkat Ijazah - d) Perubatan / Pergigian / Farmasi
-CGPA minimum 3.8
-Pengajian di IPT dalam negara sahaja
- a) Diploma

APA BIDANG UTAMA PENGAJIAN YANG DIBIAYAI?
Biasiswa ini merangkumi pelbagai bidang penting seperti:
- STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik)
- Sastera Ikhtisas
- Sains Sosial
- Sains Gunaan
Pemilihan bidang memainkan peranan penting dalam menentukan peluang tajaan.
BERAPA HAD UMUR LAYAK MOHON BIASISWA?
Pemohon perlu memenuhi syarat umur mengikut peringkat pengajian:
- Diploma: sehingga 20 tahun
- Sarjana Muda: sehingga 25 tahun
- Sarjana: sehingga 28 tahun

CARA MOHON BIASISWA BKNS
Permohonan BKNS telah dibuka mulai 20 April 2026 dan perlu dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui portal rasmi. Cara lengkap mohon biasiswa BKNS:
- Daftar akaun menggunakan e-mel aktif
- Log masuk ke sistem PTPS: https://ptps.sabah.gov.my
- Isi maklumat peribadi dan akademik
- Muat naik dokumen berkaitan
- Hantar permohonan
Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat bagi mengelakkan permohonan ditolak.

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA MOHON BIASISWA BKNS
Tidak, semua permohonan adalah secara online melalui portal rasmi.
Bergantung kepada sistem, namun biasanya perlu pilih tajaan yang paling sesuai.
Tidak, hanya bidang tertentu yang ditetapkan sahaja.
Kebiasaannya hanya perlu muat naik secara online kecuali diminta.
Tarikh bergantung kepada pihak pengurusan dan akan dimaklumkan kemudian.
Bergantung kepada jenis tajaan dan syarat perjanjian.
Biasanya boleh dalam tempoh tertentu sebelum tarikh tutup.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Cara Mohon Biasiswa BKNS ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Bahagian Biasiswa Negeri, Aras 3, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan Sulaman, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu.
- Tel: 088-368600, 088 -368676
- Emel: bkns. [email protected]