SEMAKAN BUDI MADANI 95 : (2026) SEMAK JUMLAH & BAKI KUOTA SUBSIDI PETROL RON95
BUDI MADANI RON95 diperkenalkan sebagai langkah subsidi petrol bersasar bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Melalui sistem ini, harga minyak lebih rendah dapat dinikmati secara automatik hanya dengan pengesahan menggunakan MyKad. Tanpa proses permohonan yang rumit, bantuan terus sampai kepada golongan yang layak.
Jadi, penting untuk anda membuat semakan status, jumlah subsidi dan baki kuota terkini BUDI MADANI 95 supaya tidak terlepas manfaat yang disediakan.
BACA JUGA: CARA MOHON MYKAD ONLINE : LANGKAH TUKAR KAD LAMA ATAU ROSAK
APA ITU BUDI MADANI 95?
BUDI MADANI 95 ialah skim subsidi petrol bersasar yang dihubungkan terus dengan MyKad bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak. Melalui sistem ini, pengguna hanya perlu:
- Mengisi petrol RON95 seperti biasa
- Menggunakan MyKad untuk pengesahan
- Harga subsidi RM1.99/L akan dikenakan secara automatik
Pendekatan ini memudahkan rakyat tanpa perlu melalui proses permohonan yang panjang atau rumit.
BUDI MADANI 95 SYARAT KELAYAKAN
Untuk menikmati subsidi petrol ini, pengguna perlu memenuhi beberapa kriteria asas yang ditetapkan kerajaan. Antara syarat utama:
- Warganegara Malaysia dengan MyKad yang sah.
- Mempunyai kenderaan berdaftar di JPJ sama ada kereta atau motosikal.
- Berumur 16 tahun ke atas.
- Termasuk pekerja gig yang menggunakan kenderaan untuk mencari rezeki.
Nota Tambahan: Pastikan MyKad berada dalam keadaan baik dan cip boleh dibaca bagi mengelakkan sebarang masalah semasa transaksi.
BERAPA BANTUAN BUDI MADANI 95 YANG DISALURKAN?
Melalui inisiatif ini, penerima layak boleh menikmati harga petrol sekitar RM1.99 seliter, jauh lebih rendah berbanding harga pasaran semasa. Perbezaan harga tersebut ditanggung oleh kerajaan sebagai subsidi untuk membantu mengurangkan beban kos harian rakyat.

KUOTA BUDI MADANI 95 E-HAILING
Bagi memastikan agihan subsidi lebih adil, kerajaan turut menetapkan kuota penggunaan petrol bagi kategori tertentu. Langkah ini bertujuan untuk:
- Mengelakkan penyalahgunaan subsidi
- Memastikan bantuan sampai kepada pengguna aktif
- Mengawal perbelanjaan subsidi negara

| JUMLAH JARAK PERJALANAN | KUOTA BUDI 95 |
|---|---|
| Kurang 2,000 km | 300 liter |
| 2,000 km hingga 5,000 km | 600 liter (300 + 300 liter) |
| Lebih 5,000 km | 800 liter (300 + 500 liter) |

Penentuan kuota subsidi dibuat menggunakan data perjalanan sebenar yang direkodkan setiap bulan. Data ini diselaraskan bersama:
- Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
- Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
Pendekatan ini memastikan hanya pengguna aktif dan layak menerima manfaat sepenuhnya.
Siapa Yang Layak Memohon?
- Pemandu e-hailing aktif
- Mestilah berdaftar dan aktif dengan syarikat e-hailing yang diiktiraf APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat).
- Kelayakan subsidi ditentukan berdasarkan jumlah jarak yang direkodkan dalam sebulan.
- Pemandu Teksi Lapangan Terbang
- Termasuk dalam skim jika beroperasi di bawah syarikat berlesen APAD.
- Layak menerima kuota subsidi melalui Fleet Card di bawah skim subsidi petrol KPDN.
- Limousin lapangan terbang yang tidak dikawal tambangnya oleh APAD tidak layak.
Permohonan kuota tambahan boleh dilakukan sepenuhnya dalam talian melalui portal rasmi: https://mysubsidi.kpdn.gov.my
SEMAKAN BUDI MADANI 95
Untuk mengetahui kelayakan dan baki subsidi BUDI MADANI 95, pengguna boleh membuat semakan melalui saluran rasmi yang disediakan kerajaan. Berikut adalah saluran rasmi yang tersedia untuk semakan status BUDI MADANI 95:
SEMAKAN BUDI MADANI 95 MELALUI PORTAL RASMI
- Layari portal rasmi https://www.budi95.gov.my/
- Klik “Semak Kelayakan Individu”
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
- Paparan akan menunjukkan penggunaan subsidi harian, baki kelayakan, dan had maksimum 200 liter sebulan.

SEMAKAN BUDI MADANI 95 MELALUI APLIKASI SETEL
- Muat turun aplikasi Setel di https://www.setel.com/
- Klik ‘Check Eligibility’ (Nota: Akaun mesti disahkan melalui proses verifikasi).
- Jika layak, baki subsidi akan dipaparkan dalam aplikasi.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Subsidi diberikan secara automatik kepada pengguna yang layak.
Harga subsidi akan terus digunakan selepas pengesahan MyKad di stesen minyak.
Tidak, hanya golongan yang memenuhi kriteria bersasar sahaja.
Anda mungkin tidak dapat menikmati subsidi sehingga MyKad diganti atau diperbaiki.
Ya, baki kuota boleh disemak melalui platform rasmi yang disediakan.
Ia tertakluk kepada dasar semasa kerajaan dan boleh berubah.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan Budi Madani 95 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Budi Madani :https://www.budi95.gov.my
- Telefon: 1-300-88-9595
- Emel: [email protected]
- WhatsAPP: +603-2631 4595
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan: https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/akhbar/perincian-perlaksanaan-penyasaran-semula-subsidi-ron95-diumum-akhir-september-mof