SEMAKAN STATUS PERMOHONAN STR : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA (FASA 3 2026)
Semakan status permohonan STR Fasa 3 2026 menjadi langkah penting bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan tunai yang ditawarkan. Dengan hanya beberapa langkah mudah secara online, status kelayakan boleh disahkan dengan cepat dan tepat. Dalam masa sama, penerima juga perlu peka dengan tarikh bayaran serta maklumat terkini yang diumumkan kerajaan.
Pastikan semakan dibuat secara berkala agar tidak terlepas sebarang bayaran yang sepatutnya diterima.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
SIAPA LAYAK BUAT PERMOHONAN STR?
Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, beberapa kriteria asas telah ditetapkan. Antara syarat utama:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
*Individu bujang yang memenuhi syarat akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.
BILA BANTUAN STR FASA 3 DIKREDITKAN?
Sehingga kini, tarikh rasmi pembayaran Fasa 3 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan. Penerima disarankan untuk:
- Sentiasa mengikuti pengumuman rasmi
- Membuat semakan status permohonan STR dari semasa ke semasa
Sebagai rujukan, bayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah disalurkan lebih awal mengikut jadual yang telah ditetapkan.
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | BERMULA 20 JANUARI 2026 |
| FASA 2 | BERMULA 10 MAC 2026 |
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 3?
Jumlah bayaran STR Fasa 3 berbeza mengikut kategori penerima seperti isi rumah, warga emas dan bujang. Walaupun jumlah rasmi belum diumumkan, struktur bayaran boleh dirujuk berdasarkan:
- Bayaran Fasa 1
- Bayaran Fasa 2
Ini membantu penerima membuat anggaran jumlah yang bakal diterima.
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 | 150 |
| 1-2 | 1200 | 300 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 | 450 |
| >5 | 2200 | 500 | 600 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 | 200 |
| >5 | 950 | 200 | 250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) |
|---|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 | 150 |

BAGAIMANA BAYARAN STR DISALURKAN?
Bantuan akan disalurkan melalui kaedah yang ditetapkan bagi memastikan proses berjalan lancar dan selamat. Antara kaedah bayaran:
💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank
- Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’
- Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
AKAUN MYSTR DAFTAR ONLINE
Pemohon baharu dan penerima sedia ada digalakkan mendaftar akaun MySTR bagi memudahkan urusan berkaitan bantuan. Kelebihan:
- Semakan status permohonan STR lebih pantas
- Mudah kemas kini maklumat
- Terima notifikasi terkini
Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

PERMOHONAN BARU FASA 3 STR
STR 2026 Fasa 3 turut membuka peluang kepada individu yang belum pernah memohon atau tidak lulus sebelum ini.

- Permohonan Baru STR Fasa 3 2026 boleh dibuat secara:
- Online melalui portal MySTR
- Manual melalui kaunter LHDN terpilih
PERMOHONAN BARU STR FASA 3 2026 SECARA ONLINE
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:
PERMOHONAN BARU STR FASA 3 2026 SECARA MANUAL
- Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
- Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN STR
Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui portal rasmi MySTR iaitu bantuantunai.hasil.gov.my atau melalui talian hotline BKK di 1-800-88-2747. Berikut langkah ringkas semakan status permohonan STR:
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN STR MELALUI PORTAL RASMI
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (rayuan baharu STR Fasa 3 diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (rayuan baharu STR Fasa 3 sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 3 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN STR MELALUI MYGOV MALAYSIA
Selain portal web, semakan status permohonan STR juga boleh dibuat melalui aplikasi rasmi kerajaan. Syaratnya:
- Akaun digital aktif
- Identiti telah disahkan
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semakan Status Permohonan STR Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan STR Fasa 3 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

STR 2026 PROSES RAYUAN
Proses rayuan atau kemaskini perubahan maklumat perlu dibuat sebelum 30 Jun 2026 untuk dipertimbangkan dalam STR Fasa 3. Berikut langkah-langkah rayuan:
1️⃣ Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat & muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Klik Hantar dan simpan bukti penghantaran

KEMASKINI MAKLUMAT PENTING
Maklumat yang tidak dikemas kini boleh menyebabkan kelewatan atau kegagalan bayaran. Pastikan semua data sentiasa tepat dan terkini dalam sistem.
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi dengan log masuk akaun pengguna.
Tidak perlu jika masih layak dan maklumat tidak berubah.
Biasanya boleh disemak selepas pengumuman rasmi dibuat.
Ya, permohonan baharu dibuka dalam Fasa 3.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan Status Permohonan STR ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/