CARA MOHON MYKAD ONLINE : LANGKAH TUKAR KAD LAMA ATAU ROSAK
Kini, pemohon tidak lagi perlu bersusah payah beratur di kaunter untuk menukar MyKad yang lama atau sudah rosak. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menyediakan kemudahan permohonan gantian Kad Pengenalan secara atas talian, lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa. Permohonan ini sesuai untuk kad pengenalan yang rosak, cip tidak berfungsi atau kad lama yang ingin diganti, selagi tiada perubahan maklumat peribadi diperlukan. Hanya dengan beberapa langkah mudah, anda boleh membuat permohonan dari rumah dan mengambil IC baharu di cawangan JPN terpilih.
Bagaimanakah cara mohon MyKad online? Ketahui panduan lengkap cara mohon MyKad online di bawah.
BACA JUGA: SEMAK STATUS TERKINI BANTUAN DALAM MYKAD
PERMOHONAN GANTIAN MYKAD ONLINE
Selaras dengan aspirasi kerajaan Madani, kini gantian MyKad hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja di cawangan JPN yang terpilih. Ia sekaligus dapat memperkukuh penyampaian perkhidmatan asas JPN kepada orang ramai. Terdapat 4 jenis permohonan gantian IC yang dibenarkan iaitu:
- Gantian kad rosak.
- Gantian cip rosak.
- Gantian disebabkan kehilangan (kali pertama).
- Gantian biasa (menaiktaraf cip).

SYARAT MOHON MYKAD ONLINE
Ada 2 syarat utama bagi mohon MyKad secara online untuk proses penggantian. Antara syarat-syaratnya ialah:
- Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN; atau
- Memohon gantian IC hilang secara online seperti berikut:
- Portal www.jpn.gov.my melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad”; atau
- Perkhidmatan Phone-in di talian 03-88808066 (bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat untuk pemohon Warganegara.)

CARA MOHON MYKAD ONLINE

- Daftar Akaun di Portal MyGovernment: www.malaysia.gov.my
- Klik Daftar Baru dan isikan maklumat diri untuk cipta akaun.
- Log Masuk ke Sistem Gantian MyKad JPN: https://gantianmykad.jpn.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Isi Borang Permohonan Gantian
- Pilih jenis gantian: Kad rosak, cip rosak, atau gantian biasa.
- Lengkapkan maklumat peribadi seperti:
- Nama penuh
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor telefon
- Alasan permohonan
- Pilih lokasi cawangan JPN untuk ambil kad baharu
- Muat naik gambar kad rosak (jika diminta).
- Buat Pembayaran Secara Dalam Talian
- Semak Status Permohonan
- Log masuk semula ke portal untuk lihat status.
- Status akan bertukar kepada “Sedia Diambil” apabila kad sudah siap.
- Pengambilan MyKad Baharu
- Hadir ke cawangan JPN yang dipilih dalam permohonan.
- Bawa IC lama (jika masih ada) dan resit permohonan.
Nota Tambahan: Jika anda ingin tukar gambar, nama atau alamat, permohonan tidak boleh dibuat secara online, anda perlu hadir sendiri ke JPN terdekat. Pemohon bawah umur 18 tahun perlu hadir bersama penjaga semasa pengambilan kad.
DOKUMEN YANG PERLU UNTUK MOHON MYKAD ONLINE
Terdapat 2 dokumen utama yang perlu disediakan untuk mohon MyKad secara online seperti butiran berikut:

- Dokumen Pemohon (Asal)
- Kad Pengenalan yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter atau semasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal online atau telefon.
- Dokumen Sokongan
- Bagi pertukaran alamat baru, pemohon perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya (salinan asal atau yang disahkan).
KOS BAYARAN TUKAR MYKAD ONLINE
Berikut adalah maklumat kos/fi yang dikenakan bagi proses gantian MyKad secara online:
- Bayaran boleh dibuat melalui kad kredit atau debit.
- Caj bayaran:
| KOS BAYARAN | STATUS WARGANEGARA |
|---|---|
| RM10 | WARGANEGARA |
| RM40 | BUKAN WARGANEGARA |
- Percuma jika permohonan dalam 12 bulan selepas gantian terakhir.
- Bayaran tidak akan dikembalikan bagi permohonan gantian kad pengenalan rosak yang telah diproses.
* Sempena pelaksanaan inisiatif Subsidi Petrol RON95, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memberi kemudahan penukaran cip MyKad rosak secara percuma bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025.
WAKTU OPERASI SISTEM GANTIAN ONLINE JPN
- Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi – 4.30 petang
- Sabtu dan Ahad : Sistem ditutup
- Cuti Umum : Sistem ditutup
TEMPOH KUTIPAN MYKAD DI KAUNTER JPN
Bagi permohonan MyKad secara dalam talian yang berjaya, tempoh kutipan kad bergantung kepada lokasi pusat kutipan yang dipilih seperti berikut:
- 30 minit selepas permohonan: Bagi kutipan di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri, dan semua cawangan UTC.
- 5 hari bekerja: Untuk kutipan di cawangan JPN di Semenanjung Malaysia.
- 7 hari bekerja: Untuk kutipan di cawangan JPN di Sabah dan Sarawak.

RUJUKAN
Panduan bagi Cara Mohon MyKad Online ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai gantian MyKad lama atau rosak. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara: https://www.jpn.gov.my
- Telefon: 03-8000 8000
- Email: [email protected]