BUDI MADANI RON95 SEMAKAN : SEMAK STATUS SUBSIDI PETROL 2025

BUDI MADANI RON95 SEMAKAN : SEMAK STATUS SUBSIDI PETROL 2025

Subsidi petrol RON95 melalui program Budi Madani diperkenalkan untuk membantu rakyat menikmati harga petrol pada kadar lebih rendah iaitu RM1.99 seliter. Dengan adanya bantuan ini, penerima yang layak dapat mengurangkan beban kos perjalanan harian. Langkah ini memastikan hanya mereka yang benar-benar layak mendapat manfaat subsidi.

Semakan status Budi Madani RON95 boleh dibuat dengan mudah sama ada melalui portal rasmi atau aplikasi yang disediakan kerajaan. Ikuti artikel ini untuk info lanjut.

BACA JUGA: CARA MOHON MYKAD ONLINE : LANGKAH TUKAR KAD LAMA ATAU ROSAK

APA ITU BUDI MADANI RON95?

Budi Madani RON95: Subsidi petrol bersasar guna MyKad. Tak perlu mohon, hanya sahkan dengan MyKad ketika isi minyak. Harga subsidi akan ditolak terus secara automatik.

APA ITU BUDI MADANI RON95

SYARAT KELAYAKAN SUBSIDI RON95

Nak dapat harga petrol RM1.99 seliter bawah skim Budi Madani RON95 ni tak susah pun. Syarat kelayakan memang mudah supaya ramai boleh rasa manfaatnya. Apa yang perlu ada ialah:

  • MyKad sah sebagai warganegara Malaysia.
  • Kenderaan berdaftar di JPJ (kereta atau motosikal).
  • Umur 16 tahun ke atas.
  • Termasuk rider atau pemandu gig yang guna kenderaan untuk cari rezeki.

Peringatan: Jangan lupa, MyKad kena elok & cip boleh digunakan ya.

BERAPA JUMLAH BUDI MADANI RON95 YANG DISALURKAN?

Program Budi Madani membolehkan rakyat yang layak menikmati harga petrol pada RM1.99 seliter. Tanpa subsidi, harga sebenar dijangka melebihi RM3 seliter. Kerajaan menanggung perbezaan ini demi meringankan beban rakyat.

BERAPA JUMLAH BUDI MADANI RON95 YANG DISALURKAN

BILA TARIKH PELAKSANAAN?

Pelaksanaan subsidi Budi Madani RON95 dibuat berperingkat, bermula dengan kumpulan tertentu dahulu sebelum dibuka kepada semua rakyat. Ini tanda penghargaan kerajaan kepada barisan hadapan dan penerima bantuan. Tarikh penting yang perlu anda tahu:

  • 27 September 2025 – Polis & tentera mula isi dengan harga subsidi.
  • 28 September 2025 – Penerima STR dapat nikmati lebih awal.
  • 30 September 2025 – Semua rakyat boleh isi RON95 pada RM1.99 seliter.
BILA TARIKH PELAKSANAAN

BUDI MADANI RON95 SEMAKAN

Semakan kelayakan subsidi Budi Madani RON95 boleh dibuat mulai 25 September 2025 secara dalam talian melalui portal rasmi budimadani.gov.my, di Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95 atau melalui aplikasi Setel dan CaltexGO selepas pengesahan identiti. Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk mengetahui status kelayakan subsidi. Berikut adalah langkah penuh semakan Budi Madani RON95:

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI BUDI MADANI

  1. Layari portal rasmi mulai 25 September 2025: https://www.budimadani.gov.my
  2. Klik pada Semakan Kelayakan untuk Budi Madani Ron95.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan.
  4. Hasil semakan akan memaparkan penggunaan subsidi harian beserta baki kuota.
  5. Had kuota subsidi ditetapkan sebanyak 300 liter sebulan.
BUDI MADANI RON95 SEMAKAN

SEMAKAN BUDI MADANI RON95 MELALUI APLIKASI SETEL

  1. Muat turun aplikasi Setel di: https://www.setel.com.
  2. Klik pada menu “Check Eligibility”.
  3. Pastikan akaun telah disahkan melalui proses verifikasi identiti.
  4. Jika layak, baki subsidi anda akan dipaparkan terus dalam aplikasi.
BUDI MADANI RON95 SEMAKAN

HAD PENGGUNAAN SUBSIDI RON95

Kerajaan menetapkan siling subsidi RON95 sebanyak 300 liter sebulan untuk setiap warganegara. Namun, pemandu e-hailing diberikan kelonggaran dengan pilihan memohon had lebih tinggi.

HAD PENGGUNAAN SUBSIDI PETROL RON95

SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI MADANI RON95 SEMAKAN

Apakah objektif utama pelaksanaan Budi95 ini?

Untuk menyokong rakyat dengan harga bahan api lebih murah, tanpa membebankan kewangan negara.

Adakah pelajar berumur 16 tahun yang ada motosikal layak?

Ya, jika motosikal tersebut berdaftar di JPJ.

Adakah pekerja gig (Grab, Foodpanda, dll.) termasuk dalam skim ini?

Ya, mereka termasuk dalam kumpulan yang layak.

Bagaimana dengan rakyat yang tidak memiliki kenderaan sendiri?

Tidak layak, kerana skim ini hanya untuk pemilik kenderaan berdaftar.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Budi Madani RON95 Semakan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment