BUDI MADANI RON95 STATUS – SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SUBSIDI 2025

BUDI MADANI RON95 STATUS – SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SUBSIDI 2025

Kerajaan melalui inisiatif Budi Madani memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati subsidi petrol RON95 pada harga mampu milik. Semakan kelayakan penting dilakukan agar setiap penerima dapat mengesahkan status mereka dalam sistem. Prosesnya kini lebih mudah kerana boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke mana-mana pejabat. Dengan cara ini, bantuan sampai kepada golongan sasaran dengan lebih telus dan berkesan.

Semak kelayakan status Budi Madani RON95 agar tidak terlepas peluang untuk menikmati inisiatif ini. Maklumat penuh ada di bawah.

BACA JUGA: CARA MOHON MYKAD ONLINE: LANGKAH TUKAR KAD LAMA ATAU ROSAK

APA ITU BUDI MADANI RON95?

Skim Budi Madani RON95 diperkenalkan untuk pastikan rakyat terus dapat harga petrol bersubsidi. Tak perlu isi borang atau buat permohonan pun, cukup guna MyKad masa isi minyak. Konsepnya mudah je – swipe MyKad, isi seperti biasa, dan terus nikmati harga RM1.99 seliter.

APA ITU BUDI MADANI RON95

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan Budi Madani RON95 adalah sangat mudah supaya ramai dapat menikmati manfaatnya. Antara syarat skim subsidi ini ialah:

  • Warganegara Malaysia (MyKad sah)
  • Kenderaan berdaftar di JPJ
  • Umur 16 tahun ke atas
  • Termasuk pekerja gig

Perhatian: Pastikan MyKad dalam keadaan baik.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SUBSIDI RON95 YANG DISALURKAN?

Dengan Budi Madani, rakyat layak boleh isi minyak RON95 pada harga RM1.99 seliter je! Kalau ikut harga pasaran sebenar, ia boleh cecah lebih RM3 seliter. Bezanya tu kerajaan yang tanggung, supaya rakyat rasa lebih lega dengan kos harian.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SUBSIDI RON95 YANG DISALURKAN

BILA TARIKH SUBSIDI RON95 DILAKSANAKAN?

Tarikh Pelaksanaan Budi Madani RON95 adalah seperti perincian di bawah:

  • 27/9/2025 – Polis & tentera
  • 28/9/2025 – Penerima STR
  • 30/9/2025 – Semua rakyat Malaysia (RM1.99 seliter)
BILA TARIKH SUBSIDI RON95 DILAKSANAKAN

HAD PENGGUNAAN SUBSIDI PETROL RON95

Melalui skim ini, warganegara diberi hak menikmati harga subsidi bagi 300 liter petrol RON95 setiap bulan. Sekiranya anda pemandu e-hailing, had ini boleh ditingkatkan dengan membuat permohonan tambahan.

HAD PENGGUNAAN SUBSIDI PETROL RON95

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS BUDI MADANI RON95?

Cara semak status Budi Madani RON95 boleh dibuat mulai 25 September 2025 secara dalam talian melalui portal rasmi budimadani.gov.my, di Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95 atau melalui aplikasi Setel dan CaltexGO selepas pengesahan identiti. Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk mengetahui status kelayakan subsidi. Berikut adalah langkah penuh untuk semak status skim tersebut:

SEMAK BUDI MADANI RON95 STATUS MELALUI PORTAL RASMI

  1. Layari portal rasmi mulai 25 September 2025: https://www.budimadani.gov.my
  2. Klik pada Semakan Kelayakan untuk Budi Madani Ron95.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan.
  4. Hasil semakan akan memaparkan penggunaan subsidi harian beserta baki kuota.
  5. Had kuota subsidi ditetapkan sebanyak 300 liter sebulan.
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS BUDI MADANI RON95

SEMAK BUDI MADANI RON95 STATUS MELALUI APLIKASI SETEL

  1. Muat turun aplikasi Setel di: https://www.setel.com.
  2. Klik pada menu “Check Eligibility”.
  3. Pastikan akaun telah disahkan melalui proses verifikasi identiti.
  4. Jika layak, baki subsidi anda akan dipaparkan terus dalam aplikasi
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS BUDI MADANI RON95

SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI MADANI RON95 STATUS

Adakah subsidi RON95 ini kekal atau sementara?

Ia diperkenalkan sebagai dasar jangka panjang, namun tertakluk pada dasar kerajaan semasa.

Adakah pemegang MyPR atau MyKAS layak subsidi ini?

Tidak, hanya MyKad warganegara diterima.

Perlu ada kenderaan berdaftar di JPJ untuk layak?

Ya, sama ada kereta atau motosikal.

Adakah syarat kelayakan akan berubah dari semasa ke semasa?

Ya, bergantung pada dasar kerajaan.

Apa yang perlu dibuat jika MyKad rosak?

Tukar MyKad baharu di JPN sebelum dapat teruskan penggunaan subsidi.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Budi Madani RON95 Status ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment