BUDI MADANI RON95 CHECK ONLINE : SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI PETROL
Program Budi Madani diwujudkan sebagai sokongan kerajaan dalam menstabilkan harga petrol RON95 dan membantu rakyat mengurangkan perbelanjaan harian. Semua warganegara Malaysia yang layak boleh check kelayakan Budi Madani RON95 secara online melalui laman web atau aplikasi rasmi. Kaedah ini lebih pantas dan mudah diakses di mana sahaja. Melalui langkah ini, rakyat dapat mengetahui status kelayakan mereka untuk menikmati subsidi dengan lebih cepat dan tepat. Baca selanjutnya agar tidak terlepas info penting.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI MADANI 2025: SEMAK KELAYAKAN & PERMOHONAN BANTUAN DIESEL
APA ITU BUDI MADANI RON95?
Dengan Budi Madani RON95, rakyat boleh terus isi minyak dengan harga subsidi tanpa sebarang urusan tambahan. Hanya MyKad diperlukan untuk pengesahan. Prosesnya sangat senang: masukkan MyKad, isi minyak seperti biasa, dan subsidi terus dinikmati.

SYARAT KELAYAKAN SUBSIDI RON95
Pengguna perlu memenuhi beberapa syarat asas untuk menikmati subsidi Budi Madani RON95. Dengan syarat yang mudah dan inklusif ini, lebih ramai rakyat Malaysia layak menikmati harga subsidi tanpa halangan besar. Antara syarat kelayakan ialah:
- Warganegara Malaysia dengan MyKad yang sah.
- Mempunyai kenderaan berdaftar di JPJ sama ada kereta atau motosikal.
- Berumur 16 tahun ke atas.
- Termasuk pekerja gig yang menggunakan kenderaan untuk mencari rezeki.
Perhatian: Pastikan MyKad tidak rosak dan cip masih boleh digunakan.
BUDI MADANI RON95 CHECK ONLINE
Status kelayakan subsidi Budi Madani RON95 boleh check secara online mulai 25 September 2025 melalui portal rasmi budimadani.gov.my, di Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95 atau melalui aplikasi Setel dan CaltexGO selepas pengesahan identiti. Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk mengetahui status kelayakan subsidi. Berikut adalah langkah penuh untuk check secara online Budi Madani RON95:
BUDI MADANI RON95 CHECK ONLINE MELALUI PORTAL RASMI
- Layari portal rasmi mulai 25 September 2025: https://www.budimadani.gov.my
- Klik pada Semakan Kelayakan untuk Budi Madani Ron95.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan.
- Hasil semakan akan memaparkan penggunaan subsidi harian beserta baki kuota.
- Had kuota subsidi ditetapkan sebanyak 300 liter sebulan.

BUDI MADANI RON95 CHECK ONLINE MELALUI APLIKASI SETEL
- Muat turun aplikasi Setel di: https://www.setel.com.
- Klik pada menu “Check Eligibility”.
- Pastikan akaun telah disahkan melalui proses verifikasi identiti.
- Jika layak, baki subsidi anda akan dipaparkan terus dalam aplikasi.

BERAPA HAD SUBSIDI RON95 UNTUK PENGGUNAAN?
Kerajaan telah menetapkan siling subsidi RON95 sebanyak 300 liter sebulan untuk setiap warganegara. Namun, pemandu e-hailing diberikan kelonggaran dengan pilihan memohon had lebih tinggi.

JUMLAH BANTUAN BUDI MADANI RON95 YANG DISALURKAN
Rakyat Malaysia yang layak dapat membeli petrol pada harga RM1.99 seliter melalui program Budi Madani RON95. Kadar ini jauh lebih rendah berbanding harga pasaran yang dijangka melebihi RM3 seliter. Perbezaan harga tersebut ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sebagai subsidi kepada rakyat.

BILA TARIKH BUDI MADANI RON95 DILAKSANAKAN?
Tarikh pelaksanaan subsidi petrol Budi Madani RON95 adalah secara berperingkat. Kerajaan memberi keutamaan kepada kumpulan tertentu terlebih dahulu sebagai tanda penghargaan atas peranan mereka. Butirannya adalah seperti berikut:
- 27 September 2025 – Anggota polis dan tentera mula menikmati harga subsidi.
- 28 September 2025 – Penerima STR menerima manfaat lebih awal.
- 30 September 2025 – Seluruh rakyat Malaysia layak menikmati harga subsidi RM1.99 seliter.

SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI MADANI RON95 ONLINE
Tukar MyKad baru di JPN sebelum dapat teruskan penggunaan subsidi.
Tidak, subsidi hanya sah untuk pemilik MyKad yang layak.
Ya, di seluruh negara yang menyokong sistem Budi Madani.
Ya, harga dipaparkan sudah termasuk subsidi.
Ya, secara berperingkat mengikut kerjasama syarikat minyak.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Budi Madani RON95 Check ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Budi Madani: https://www.budimadani.gov.my
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan: https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/akhbar/perincian-perlaksanaan-penyasaran-semula-subsidi-ron95-diumum-akhir-september-mof