BUDI95 MADANI 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SUBSIDI RON95

BUDI95 MADANI 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SUBSIDI RON95

Program Budi95 Madani 2025 diperkenalkan bagi memastikan hanya rakyat Malaysia yang layak menerima subsidi petrol RON95. Dengan pelaksanaan ini, harga petrol dikekalkan pada kadar RM1.99 seliter. Semakan kelayakan boleh dilakukan mulai 25 September 2025 melalui portal rasmi atau aplikasi mudah alih. Inisiatif ini bertujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat secara lebih bersasar. Jangan terlepas peluang, semak butiran penuh di bawah.

BACA JUGA: CARA MOHON MYKAD ONLINE : LANGKAH TUKAR KAD LAMA ATAU ROSAK

APA ITU BUDI95 MADANI?

Budi95 merupakan inisiatif subsidi petrol bersasar yang menggunakan pengesahan MyKad. Melalui pendekatan ini, rakyat Malaysia dapat menikmati harga subsidi secara automatik tanpa perlu melalui sebarang prosedur tambahan.

APA ITU BUDI95 MADANI

SYARAT KELAYAKAN BUDI95 MADANI 2025

Subsidi Budi95 Madani boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia yang memenuhi beberapa syarat asas. Dengan kelayakan yang mudah, lebih ramai penerima berpeluang mendapat harga subsidi. Semak syarat kelayakan di bawah:

  • Warganegara Malaysia dengan MyKad sah.
  • Pemilik kenderaan berdaftar di JPJ (kereta atau motosikal).
  • Berusia 16 tahun dan ke atas.
  • Pekerja gig yang bergantung kepada kenderaan untuk mencari pendapatan.

Nota penting: MyKad mestilah elok dan cip berfungsi dengan baik.

BILA TARIKH SUBSIDI PETROL DILAKSANAKAN?

Pelaksanaan subsidi petrol bersasar Budi95 Madani dilakukan secara berperingkat sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada kumpulan terpilih. Butiran tarikh adalah seperti berikut:

  • 27 September 2025 – Polis dan tentera mula mendapat manfaat subsidi.
  • 28 September 2025 – Penerima STR diberikan akses lebih awal.
  • 30 September 2025 – Seluruh rakyat Malaysia layak menikmati harga subsidi RM1.99 seliter.
BILA TARIKH SUBSIDI PETROL DILAKSANAKAN

BERAPA JUMLAH BANTUAN SUBSIDI RON95 & HAD PENGGUNAAN?

Rakyat Malaysia berpeluang membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter melalui Budi95 Madani, berbanding harga pasaran lebih RM3 seliter. Had subsidi ditetapkan sebanyak 300 liter sebulan, dan pemandu e-hailing dibenarkan memohon tambahan kuota.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SUBSIDI RON95 & HAD PENGGUNAAN

BUDI95 MADANI SEMAKAN

Semakan status kelayakan untuk Budi Madani RON95 (Budi95) dibuka mulai 25 September 2025 melalui portal rasmi budi95.gov.my dan aplikasi Setel atau CaltexGO. Setelah selesai proses verifikasi identiti, pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan. Berikut merupakan langkah semakan penuh:

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI

  1. Layari portal rasmi https://www.budi95.gov.my/ bermula 25 September 2025.
  2. Klik “Semak Kelayakan Individu”
  3. Masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
  4. Paparan akan menunjukkan penggunaan subsidi harian, baki kelayakan, dan had maksimum 300 liter sebulan.
BUDI95 MADANI SEMAKAN

SEMAKAN MELALUI APLIKASI SETEL

  1. Muat turun aplikasi Setel di https://www.setel.com/
  2. Klik ‘Check Eligibility’ (Nota: Akaun mesti disahkan melalui proses verifikasi).
  3. Jika layak, baki subsidi akan dipaparkan dalam aplikasi.
BUDI95 MADANI SEMAKAN

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah saya boleh guna MyKad orang lain?

Tidak, subsidi hanya sah untuk pemilik MyKad sahaja.

Adakah semua jenis petrol dapat subsidi?

Tidak, hanya RON95.

Jika kereta syarikat, adakah layak untuk subsidi Budi95?

Layak jika didaftarkan atas nama individu dengan MyKad.

Boleh pindah milik subsidi kepada orang lain?

Tidak, khusus untuk pemilik MyKad.

Apa jadi kalau MyKad hilang?

Lapor JPN dan buat gantian.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Budi95 Madani ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment