BUDI95 SEMAKAN STATUS : SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI PETROL RON95 2025

BUDI95 SEMAKAN STATUS : SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI PETROL RON95 2025

Bermula 25 September 2025, rakyat Malaysia boleh membuat semakan status kelayakan subsidi petrol RON95 di bawah skim BUDI95. Subsidi ini membolehkan penerima menikmati harga minyak petrol RM1.99 seliter. Inisiatif ini memastikan subsidi diagih dengan lebih adil kepada rakyat yang layak. Teruskan membaca artikel ini untuk elak terlepas maklumat penting.

BACA JUGA: CARA MOHON MYKAD ONLINE : LANGKAH TUKAR KAD LAMA ATAU ROSAK

APA ITU BUDI95?

Skim Budi95 merupakan inisiatif subsidi petrol RON95 bersasar yang menggunakan pengesahan MyKad. Melalui pendekatan ini, rakyat Malaysia dapat menikmati harga subsidi secara automatik tanpa perlu melalui sebarang prosedur tambahan.

APA ITU BUDI95

SYARAT KELAYAKAN STATUS BUDI95

Subsidi petrol di bawah skim Budi95 boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia yang memenuhi beberapa syarat asas. Dengan kelayakan yang longgar, lebih ramai penerima berpeluang mendapat harga subsidi tanpa sekatan. Antara syarat kelayakannya adalah:

  • Warganegara Malaysia dengan MyKad sah.
  • Pemilik kenderaan berdaftar di JPJ (kereta atau motosikal).
  • Berusia 16 tahun dan ke atas.
  • Pekerja gig yang bergantung kepada kenderaan untuk mencari pendapatan.

Nota penting: MyKad mestilah elok dan cip berfungsi dengan baik.

BUDI95 SEMAKAN STATUS

Semakan status kelayakan Budi Madani RON95 (Budi95) boleh dibuat mulai 25 September 2025 melalui portal rasmi www.budi95.gov.my atau aplikasi Setel dan CaltexGO. Selepas proses verifikasi identiti selesai, pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan. Berikut disediakan langkah semakan penuh status Budi95:

BUDI95 SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL RASMI

  1. Layari portal rasmi https://www.budi95.gov.my/ bermula 25 September 2025.
  2. Klik “Semak Kelayakan Individu”
  3. Masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
  4. Paparan akan menunjukkan penggunaan subsidi harian, baki kelayakan, dan had maksimum 300 liter sebulan.
BUDI95 SEMAKAN STATUS

BUDI95 SEMAKAN STATUS MELALUI APLIKASI SETEL

  1. Muat turun aplikasi Setel di https://www.setel.com/
  2. Klik ‘Check Eligibility’ (Nota: Akaun mesti disahkan melalui proses verifikasi).
  3. Jika layak, baki subsidi akan dipaparkan dalam aplikasi.
BUDI95 SEMAKAN STATUS

BERAPA JUMLAH BANTUAN & HAD PENGGUNAAN SUBSIDI RON95?

Melalui skim Budi95, rakyat Malaysia yang layak boleh membeli petrol pada harga hanya RM1.99 seliter, jauh lebih rendah daripada harga pasaran yang dijangka melebihi RM3 seliter. Subsidi ini diberikan dengan had 300 liter sebulan, manakala pemandu e-hailing boleh memohon kuota tambahan jika penggunaan melebihi jumlah tersebut.

BERAPA JUMLAH BANTUAN & HAD PENGGUNAAN SUBSIDI RON95

BILA TARIKH SUBSIDI BUDI95 DILAKSANAKAN?

Subsidi petrol bersasar Budi95 dilaksanakan berfasa, bermula dengan kumpulan tertentu yang diberi keutamaan. Berikut adalah tarikh pelaksanaannya:

  • 27 September 2025 – Anggota polis dan tentera menerima subsidi lebih awal.
  • 28 September 2025 – Penerima STR mula menikmati harga subsidi.
  • 30 September 2025 – Semua rakyat Malaysia boleh menikmati harga subsidi RM1.99 seliter.
BILA TARIKH SUBSIDI BUDI95 DILAKSANAKAN

SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI95 SEMAKAN STATUS

Apa beza Budi95 dengan subsidi petrol sebelum ini?

Sebelum ini subsidi diberi secara pukal, kini lebih bersasar dengan pengesahan MyKad bagi penerima yang layak.

Boleh guna subsidi melalui aplikasi mudah alih?

Ya, melalui aplikasi stesen minyak yang disokong.

Bagaimana guna aplikasi CaltexGO?

Sama seperti Setel, link MyKad dalam aplikasi.

Adakah semua aplikasi stesen minyak disokong?

Ya, secara berperingkat.

Jika telefon hilang/tiada internet, masih boleh guna?

Boleh, gunakan MyKad di kaunter.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Budi95 Semakan Status ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment