SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI PETROL 2025 – BUDI MADANI RON95
Bermula 30 September 2025, rakyat Malaysia boleh isi minyak RON95 pada harga RM1.99 seliter sahaja melalui skim Budi Madani. Usaha ini dibuat bagi meringankan kos sara hidup serta pastikan subsidi disalurkan kepada yang layak. Kerajaan juga mahu tunjukkan penghargaan kepada rakyat yang sentiasa kuat menghadapi cabaran ekonomi.
Rakyat boleh semak kelayakan subsidi petrol ini secara mudah untuk memastikan mereka mendapat manfaat penuh daripada bantuan tersebut. Maklumat penuh ada di bawah, teruskan membaca.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI MADANI 2025: SEMAK KELAYAKAN & PERMOHONAN BANTUAN DIESEL
APA ITU SUBSIDI PETROL BUDI MADANI?
Subsidi Petrol RON95 merupakan skim subsidi petrol bersasar yang dihubungkan dengan MyKad. Dengan sistem ini, rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol bersubsidi tanpa perlu melalui proses permohonan yang rumit. Caranya mudah – hanya isi minyak seperti biasa, sahkan dengan MyKad, dan harga subsidi akan terus digunakan secara automatik.

SYARAT KELAYAKAN SUBSIDI PETROL RON95
Ada beberapa syarat kelayakan asas yang perlu di semak untuk menikmati subsidi petrol Budi Madani RON95. Dengan syarat yang mudah serta inklusif ini, lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang menikmati harga subsidi. Antara syarat-syaratnya adalah:
- Warganegara Malaysia dengan MyKad yang sah.
- Mempunyai kenderaan berdaftar di JPJ (kereta atau motosikal).
- Berumur 16 tahun ke atas.
- Termasuk pekerja gig yang menggunakan kenderaan untuk mencari rezeki.
Perhatian: Pastikan MyKad berada dalam keadaan baik dan cip masih berfungsi.
BILA TARIKH SUBSIDI PETROL DILAKSANAKAN?
Tarikh pelaksanaan subsidi petrol bersasar dilaksanakan secara berperingkat. Kerajaan memberi keutamaan kepada kumpulan tertentu terlebih dahulu sebagai tanda penghargaan atas peranan mereka. Perinciannya adalah seperti berikut:
- 27 September 2025 – Anggota polis dan tentera mula menikmati harga subsidi.
- 28 September 2025 – Penerima STR menerima manfaat lebih awal.
- 30 September 2025 – Seluruh rakyat Malaysia layak menikmati harga subsidi RM1.99 seliter.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SUBSIDI PETROL?
Dengan Budi Madani, rakyat layak boleh isi minyak petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter je! Kalau ikut harga pasaran sebenar, ia boleh cecah lebih RM3 seliter. Kerajaan menanggung perbezaan ini demi meringankan beban rakyat.

SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA SUBSIDI PETROL
Untuk semak kelayakan subsidi petrol RON95 tidak memerlukan portal khas atau proses manual. Ia disahkan secara automatik apabila pengguna menyerahkan MyKad di kaunter stesen minyak. Kaedah ini lebih mudah, pantas, dan mesra pengguna. Berikut langkah ringkas untuk semak kelayakan subsidi petrol:
- Kunjungi stesen minyak berhampiran.
- Serahkan MyKad di kaunter untuk pengesahan.
- Juruwang semak & sahkan kelayakan subsidi petrol.
- Bayar jumlah petrol yang ingin diisi.
- Nikmati harga subsidi RM1.99 seliter.
Makluman: Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi stesen minyak seperti Setel (Petronas) atau CaltexGO, di mana pengesahan MyKad dan bayaran dapat dilakukan terus melalui aplikasi.
HAD PENGGUNAAN SUBSIDI PETROL RON95
Had penggunaan subsidi petrol RON95 ditetapkan pada kadar 300 liter sebulan untuk warganegara. Bagi mereka yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, kerajaan menyediakan ruang untuk memohon siling yang lebih tinggi.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI PETROL
Sebelum ini subsidi diberi secara pukal, kini lebih bersasar dengan pengesahan MyKad.
Ia diperkenalkan sebagai dasar jangka panjang, namun tertakluk pada dasar kerajaan semasa.
Menyokong rakyat dengan harga bahan api lebih murah, tanpa membebankan kewangan negara.
Tidak, hanya warganegara Malaysia.
Tidak, hanya MyKad warganegara diterima.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semak Kelayakan Subsidi Petrol ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan: https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/akhbar/perincian-perlaksanaan-penyasaran-semula-subsidi-ron95-diumum-akhir-september-mof