SYUKUR SABAH FASA 3 SEMAKAN STATUS 2025

Kerajaan negeri Sabah meneruskan program khas Bantuan Syukur Sabah yang kini memasuki Fasa 3 pada tahun 2025. Bantuan ini disalurkan bagi meringankan kos sara hidup rakyat negeri tersebut, dengan kadar tertentu bergantung kategori penerima. Dengan adanya bantuan ini, diharap ia memberi sedikit kelegaan kepada rakyat Sabah dalam menguruskan keperluan harian.

Untuk mengetahui status bantuan Syukur Sabah bagi Fasa 3, semakan boleh dibuat secara online mengikut langkah yang disediakan di bawah.

BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025

APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH?

Bantuan SYUKUR Sabah (Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) ialah bantuan tunai bersasar yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah sejak awal tahun 2025. Ia disalurkan secara automatik kepada penerima yang layak menerusi data dalam sistem eKasih dan PADANS (Pangkalan Data Miskin Negeri Sabah), dengan setiap fasa menyalurkan RM900 secara sekaligus (RM300 sebulan selama tiga bulan).

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Ada beberapa syarat asas dan syarat khas yang ditetapkan bergantung kepada kategori penerima. Semak perincian syarat dibawah:

SYARAT ASAS SYUKUR SABAH

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Tinggal di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  • Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H‘.

Selain itu, penerima mesti memenuhi salah satu daripada syarat berikut:

  • Dikategorikan sebagai miskin / miskin tegar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada Garis Kemiskinan (PGK).

SYARAT KHAS SYUKUR SABAH MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

  • B40 (pendapatan < RM1,218)
    • Layak untuk ketua isi rumah dan pasangan, atau ketua isi rumah dan anak berumur 18 tahun ke atas.
  • M40 (pendapatan RM1,219–RM2,742)
    • Hanya satu ketua isi rumah sahaja layak.

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 3 DIAGIHKAN

Bayaran bantuan Syukur Sabah diagihkan secara berperingkat iaitu sebanyak 4 fasa keseluruhannya. Fasa 1 dan 2 telah selesai proses bayaran. Bagi fasa 3, tarikh bayaran adalah pada bulan September. Rujuk jadual dibawah bagi fasa bantuan dan tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1JANUARI 2025
FASA 2APRIL 2025
FASA 3SEPTEMBER 2025
FASA 4NOVEMBER 2025

JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH YANG DISALURKAN

Jumlah bayaran yang diterima adalah sama untuk setiap penerima. Bagi kategori miskin, setiap isi rumah akan menerima RM900 bagi setiap fasa. Manakala bagi kategori miskin tegar, jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM1,800 dan akan disalurkan kepada dua orang penerima dalam satu isi rumah. Berikut adalah perinciannya:

FASA BANTUANJUMLAH BAYARAN
FASA 1RM900
FASA 2RM900
FASA 3RM900
FASA 4RM900

CARA BAYARAN SYUKUR SABAH KEPADA PENERIMA

Bantuan akan diagihkan kepada penerima yang layak melalui 3 cara bayaran iaitu:

  • Kredit terus ke akaun bank penerima.
  • Tunai secara fizikal.
  • Kredit ke dalam eWallet YONO .

SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH FASA 3

Penerima bantuan boleh membuat semakan status Syukur Sabah Fasa 3 secara online melalui 2 cara iaitu semakan status di laman rasmi https://syukur.sabah.gov.my dan melalui aplikasi Yono Superapp. Langkah lengkap semakan adalah seperti berikut:

SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH FASA 3 MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi: https://syukur.sabah.gov.my
  2. Klik “Semakan Permohonan”
  3. Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang).
  4. Tekan butang Semak
    • Status bayaran & kelayakan akan dipaparkan secara automatik.
LOGIN SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH FASA 3

SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH FASA 3 MELALUI APLIKASI

  1. Muat turun aplikasi YONO SuperApp:
  2. Log masuk atau daftar akaun.
  3. Pilih menu Bantuan SYUKUR.
  4. Status bayaran & baki akan terpapar.
SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH FASA 3

SOALAN LAZIM (FAQ) SYUKUR SABAH FASA 3

Jika tiada akaun bank, bagaimana cara terima bayaran?

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut wang tunai di kaunter pembayaran rasmi yang akan diumumkan oleh kerajaan negeri.

Adakah penerima STR atau bantuan lain juga layak?

Ya, penerima bantuan kerajaan persekutuan seperti STR masih boleh menerima Bantuan SYUKUR Sabah, asalkan memenuhi syarat kelayakan.

Apa perlu dibuat jika nama tidak tersenarai tetapi rasa layak?

Penerima boleh membuat rayuan atau kemaskini maklumat melalui portal PADANS atau hadir ke pejabat daerah yang berhampiran.

Adakah pelajar atau belia layak menerima bantuan ini?

Bantuan ini fokus kepada isi rumah B40. Jika pelajar atau belia termasuk dalam isi rumah B40 yang berdaftar, mereka juga boleh tersenarai sebagai penerima.

RUJUKAN

Panduan bagi Syukur Sabah Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment