Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah memperkenalkan satu inisiatif penting iaitu Bantuan Laptop Siswa Johor. Program ini diwujudkan bagi membantu pelajar baharu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mendapatkan komputer riba secara percuma. Ia merupakan langkah proaktif kerajaan negeri dalam memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam arus pembelajaran digital.
Semak maklumat lanjut di bawah untuk langkah permohonan baru dan syarat kelayakan.
BACA JUGA: BAUCAR BUKU RM100 GURU MADANI 2025 : SEMAK KELAYAKAN & CARA TEBUS
APA ITU BANTUAN LAPTOP SISWA JOHOR?
Bantuan Laptop Siswa Johor ialah program bantuan khas yang menawarkan pemberian komputer riba percuma kepada pelajar Tahun 1, Semester 1 yang melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh MQA. Program ini memberi fokus kepada golongan B40 sebagai kumpulan sasaran utama.
Objektif utama bantuan ini adalah untuk:
- Meringankan beban kewangan keluarga pelajar, khususnya daripada golongan berpendapatan rendah.
- Memastikan pelajar mempunyai peranti digital yang mencukupi untuk pembelajaran.
- Menyokong aspirasi pendidikan Negeri Johor dalam memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LAPTOP SISWA JOHOR 2025
Untuk menerima bantuan laptop, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia dan lahir di Johor ATAU menetap di Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
- Pelajar daripada keluarga B40.
- Pelajar Tahun 1, Semester 1 yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
- Menyambung pengajian di IPTA/IPTS berdaftar dengan MQA.
BILA TARIKH BUKA PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP?
Tarikh permohonan bantuan laptop bagi tahun 2025 (Sesi 2/2025), permohonan dibuka bermula:
| 1 September 2025 hingga 18 September 2025 |
*Pelajar disarankan membuat permohonan awal kerana hanya permohonan lengkap sahaja akan diproses oleh pihak YPJ.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Semasa permohonan dibuat secara dalam talian, pemohon perlu menyediakan salinan dokumen berikut:
- Kad pengenalan pemohon.
- Surat tawaran kemasukan ke IPT.
- Slip gaji ibu bapa/penjaga atau dokumen rasmi pengesahan pendapatan.
BAGAIMANA CARA PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP SISWA JOHOR?
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui portal rasmi Yayasan Pelajaran Johor. Berikut langkah ringkas permohonan:
- Layari laman rasmi YPJ [https://bantuan-ypj.com/portal/] atau pautan khas permohonan Bantuan Laptop Siswa.
- Isi borang permohonan dengan maklumat peribadi, akademik dan keluarga.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar permohonan dan simpan salinan bukti penghantaran.
*Pihak YPJ akan menilai setiap permohonan dan hanya pemohon yang layak akan dihubungi untuk pengambilan komputer riba.
CARA AGIHAN BANTUAN LAPTOP
Pelajar yang berjaya akan menerima makluman rasmi daripada pihak YPJ. Pengambilan laptop akan dibuat di lokasi yang akan ditetapkan kemudian. Proses ini dijalankan secara berperingkat bergantung kepada jumlah penerima yang layak.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Hanya pelajar kelahiran Johor atau mereka yang telah menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di Johor sahaja layak.
Laptop diberikan secara percuma kepada pelajar yang layak.
Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak YPJ melalui notis rasmi selepas proses tapisan selesai.
Tidak, bantuan ini khusus untuk pelajar baharu (Tahun 1, Semester 1) sahaja.
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan Laptop Siswa Johor 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan yang disediakan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi: Bantuan Pelajaran (Yayasan Pelajaran Johor)
- Emel: [email protected]
- Tel: 07-2344355
- Fak:07-2344434