Jangan lepaskan peluang menikmati manfaat Baucar Buku Guru MADANI 2025 dengan nilai RM100, anda boleh menambah koleksi buku dan meningkatkan ilmu. Pastikan anda tebus sebelum 30 September 2025 melalui portal rasmi Book Capital.
Semak maklumat lanjut di bawah untuk kelayakan dan cara tebus.
BACA JUGA: BANTUAN PERUBATAN MADANI 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN (RM250 & RM125 & RM75)
APA ITU BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025?
Baucar Buku Guru MADANI 2025 ialah insentif bernilai RM100 yang diberikan kepada semua guru dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah inisiatif Kerajaan MADANI. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pembelian bahan bacaan dan pembangunan profesional warga pendidik.
Inisiatif ini diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri sempena Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.
SIAPA LAYAK TERIMA BAUCAR BUKU GURU MADANI?
Semua pegawai yang berdaftar sebagai PPP di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah layak menerima baucar buku guru madani ini secara automatik. Namun, berikut syarat umum:
• Guru di sekolah kerajaan & bantuan kerajaan.
• Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
• Mempunyai akaun DELIMa ID aktif.
• Jika tiada DELIMa ID, bantuan boleh diminta melalui helpdesk.
BILA TARIKH TEBUS BAUCAR BUKU GURU MADANI?
Baucar buku ini hanya boleh ditebus dalam tempoh yang ditetapkan seperti tarikh berikut:
- Tarikh mula: 1 Julai 2025 (12:00 tengah hari)
- Tarikh akhir: 30 September 2025 (11:59 malam)
*Selepas tarikh ini, baucar tidak sah digunakan.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAUCAR BUKU 2025
Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman rasmi Book Capital:
- Layari portal: https://mall.bookcapital.com.my
- Log masuk menggunakan akaun DELIMa (emel KPM).
- Jika layak, baucar bernilai RM100 akan dipaparkan secara automatik di akaun anda.
CARA TEBUS ONLINE BAUCER BUKU RM100 GURU MADANI
Berikut adalah cara penebusan secara atas talian:
- Log Masuk Akaun BookCapital
- Gunakan DELIMa ID
- Semak paparan kredit RM100
- Pilih Buku
- Wajib pilih sekurang-kurangnya SATU buku daripada senarai “Judul Khas Baucar Buku Guru”
- Buku lain juga boleh ditambah jika ingin beli lebih
- Checkout & Gunakan Baucar
- Gunakan baucar semasa checkout (satu kali penggunaan).
- Jika jumlah melebihi RM100, bayar baki melalui online banking.
- Pengesahan & Penghantaran
- Penjual akan sahkan tempahan dalam 3 hari.
- Pembungkusan dan penghantaran dalam 6 hari.
- Kurier akan hantar ke alamat yang dimasukkan semasa daftar.
JENIS BUKUS YANG BOLEH DIBELI DENGAN BAUCAR
Jenis buku yang boleh dibeli adalah berdasarkan kategori berikut:
- Buku akademik
- Buku motivasi
- Buku rujukan
- Buku fiksyen & bukan fiksyen
- Buku profesional guru
*Namun, sekurang-kurangnya satu buku mesti daripada senarai “Judul Khas Baucar Buku Guru”.
RUJUKAN
Panduan bagi Baucar Buku RM100 Gurun MADANI ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selapas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Kementerian Pendidikan: https://www.moe.gov.my/hadiah-ilmu-untuk-guru-malaysia
- Perbadanan Kota Buku;
- Email : [email protected]
- Office line : +603 8320 4756
- Whatsapp : +60 182036330