SEMAK MYKASIH DALAM MYKAD TERKINI 2025

SEMAK MYKASIH DALAM MYKAD TERKINI 2025

Tahun 2025 menyaksikan pelaksanaan SARA MyKasih yang memberi manfaat kepada penerima yang layak di seluruh negara. Bantuan ini merangkumi bayaran bulanan untuk barangan asas serta tambahan bantuan one-off RM100 yang diumumkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Semua bantuan tersebut dikreditkan terus ke dalam MyKad, menjadikan proses lebih mudah tanpa perlu pengeluaran tunai. Dengan adanya MyKasih, diharapkan rakyat terutama golongan B40 dan M40 dapat mengurus perbelanjaan harian dengan lebih teratur.

Penerima boleh semak status bantuan MyKasih dalam MyKad untuk memastikan kelayakan serta jumlah bayaran yang diterima. Jangan terlepas, semak butiran penuh di bawah.

BACA JUGA: CARA GUNA RM100 SARA DALAM MYKAD UNTUK BELI BARANG

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Bantuan MyKasih ini diberikan kepada golongan B40 dan M40, tertakluk kepada syarat kelayakan tertentu yang perlu dipenuhi oleh pemohon kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah butirannya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH YANG DIKREDITKAN DALAM MYKAD

Melalui program MyKasih, bantuan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima tanpa tunai, dengan nilai yang berbeza mengikut kategori kelayakan. Jadual berikut memperincikan jumlah bantuan mengikut kategori:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH YANG DIKREDITKAN DALAM MYKAD

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH KEPADA PENERIMA

Bayaran Bantuan MyKasih akan dikreditkan pada setiap awal bulan kepada penerima yang layak, sama ada daripada kategori B40 atau M40. Perinciannya adalah seperti berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

CARA SEMAK MYKASIH DALAM MYKAD

Cara semak status penerima Bantuan MyKasih dalam MyKad kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:

SEMAK MYKASIH DALAM MYKAD MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN CARA SEMAK MYKASIH DALAM MYKAD

SEMAK MYKASIH DALAM MYKAD MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN CARA SEMAK MYKASIH DALAM MYKAD

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT

Seorang bapa empat anak menyambut baik pemberian bantuan bulanan ini:

“Bila dapat setiap bulan, senang nak rancang belanja rumah.”

Namun, seorang pesara di Johor memberi pandangan berbeza:

“Bagus ada bantuan, tapi kenapa tak bagi terus dalam bentuk wang tunai?”

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK BARANG MYKASIH DALAM MYKAD TERKINI

Kedai mana yang menerima pembelian menggunakan SARA MyKasih?

Kedai runcit & pasar raya terpilih yang berdaftar dengan MyKasih.

Apa kelebihan menggunakan sistem MyKad untuk SARA MyKasih?

Mudah, selamat & tidak perlu ada kad tambahan atau aplikasi khas.

Apakah barangan yang boleh dibeli dengan SARA MyKasih?

Hanya barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, susu, telur.

Barang apa yang tidak dibenarkan?

Rokok, alkohol, barangan elektrik, pakaian, barang mewah, serta barangan bukan asas.

Bagaimana nak semak baki SARA MyKasih?

Boleh semak pada resit selepas belanja atau bertanya di kaunter kedai terpilih.

Boleh guna SARA MyKasih lebih dari sekali sebulan?

Ya, boleh berbelanja beberapa kali selagi baki masih ada.

RUJUKAN

Panduan bagi Semak MyKasih Dalam MyKad ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment