SENARAI BARANG MYKASIH YANG BOLEH DIBELI

SENARAI BARANG MYKASIH YANG BOLEH DIBELI

Bantuan SARA MyKasih 2025 bertujuan meringankan beban rakyat dengan menyediakan peruntukan khusus untuk barangan keperluan asas. Melalui MyKad, penerima boleh membeli barangan yang dibenarkan di kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara. Senarai barang ini ditetapkan bagi memastikan bantuan digunakan untuk tujuan sebenar iaitu keperluan harian. Usaha ini diharapkan dapat memastikan bantuan benar-benar memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Semakan senarai barang MyKasih membantu penerima merancang perbelanjaan dengan lebih baik setiap bulan. Maklumat penuh ada di bawah, teruskan membaca.

BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025

SENARAI BARANG MYKASIH YANG BOLEH DIBELI

Dengan penambahan produk kebersihan rumah bermula 1 Mei 2025, jumlah kategori barangan asas MyKasih SARA kini berjumlah 14. Berikut ialah senarai lengkap 14 kategori barang keperluan asas MyKasih yang boleh dibeli berserta contoh jenama popular bagi setiap kategori:

KATEGORI BARANG MYKASIHCONTOH JENAMA
BERASJasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation
ROTIMassimo, Mighty White, Gardenia
TELURCP, QL Eggs, Nutri Plus
MINYAK MASAKSeri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit
TEPUNGSauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros
BISKUTMunchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng
MI SEGERAIndo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan
MINUMANBOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico
MAKANAN DALAM TINAyam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup
BAHAN PERASAPuteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s
PRODUK KEBERSIHAN DIRIColgate, Kotex, Dettol
UBAT-UBATANProspan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam
KEPERLUAN SEKOLAHStabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih
BARANGAN KEBERSIHAN RUMAHBreeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso
SENARAI BARANG MYKASIH YANG BOLEH DIBELI

SENARAI LOKASI KEDAI RAKAN NIAGA BARANG MYKASIH

Penerima bantuan boleh membuat pembelian di lebih 7300 kedai atau pasar raya yang menjadi rakan niaga MyKasih, bergantung kepada lokasi masing-masing. Antara contohnya adalah seperti berikut:

  • Mydin
  • Lotus’s
  • Econsave
  • Giant
  • Billion
  • The Store
  • Aeon Big
  • TF Value Mart
  • 99 Speedmart
  • KK Super Mart
  • Pasaraya Fresh Grocer
  • Super Seven

NOTA TAMBAHAN: Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN

Untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih kategori senarai barang MyKasih yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT

Seorang usahawan kecil berterima kasih atas bantuan tersebut:

“Saya rasa kerajaan patut teruskan program ni. Ia memang beri kesan positif kepada peniaga kecil juga.”

Seorang penerima di Sabah pula menambah keluhan:

“Kadang barang asas cepat habis. Pilihan jadi terhad bila stok tak cukup.”

SOALAN LAZIM (FAQ) SENARAI BARANG MYKASIH

Apa beza SARA MyKasih dengan SARA One-Off?

SARA MyKasih diberi bulanan, manakala SARA One-Off hanya sekali sahaja.

Bagaimana cara semak status kelayakan SARA MyKasih?

Semakan boleh dibuat secara online di portal rasmi SARA/MyKasih.

Adakah penerima perlu membuat permohonan, atau automatik?

Tiada permohonan baharu, penerima ditentukan berdasarkan data kerajaan.

Bolehkah bantuan SARA MyKasih dikeluarkan sebagai wang tunai?

Tidak boleh, hanya boleh digunakan untuk pembelian barang asas.

Apa yang berlaku jika penerima meninggal dunia?

Bantuan akan dihentikan serta-merta dan tidak dipindahkan kepada waris.

RUJUKAN

Panduan bagi Senarai Barang MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment