MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025

MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025

Kerajaan Malaysia terus komited dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar. Terbaru, inisiatif MySARA 100 di bawah Program MyKasih diteruskan bagi tahun 2025 sebagai bantuan tanpa tunai secara one-off yang dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima. Bantuan ini memberi kelegaan kepada semua rakyat yang layak, khususnya untuk pembelian barangan keperluan asas harian. Dalam pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, beliau menyatakan penghargaan kepada seluruh rakyat atas kesabaran dan kerjasama dalam menjayakan agenda reformasi negara. Bantuan MySARA 100 ini juga menjadi bukti keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat di semua peringkat.

Nak tahu anda layak atau tidak untuk bantuan MySARA 100 ini? Artikel ini akan membantu anda menyemak status kelayakan, tarikh bayaran dan cara menggunakan bantuan MySARA yang telah dikreditkan ke dalam MyKad anda.

BACA JUGA: SEMAK BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN RM100 SARA

SYARAT KELAYAKAN MYSARA 100 DALAM MYKAD

Semua individu dewasa layak untuk menerima bantuan MySARA RM100 ini, asalkan menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

TARIKH BAYARAN MYSARA 100

Bantuan ini akan mula dibayar kepada penerima yang layak mengikut butiran berikut:

TARIKH BAYARAN MYSARA 100
  • Pembelian barangan asas melalui MyKad untuk RM100 one-off bagi penerima layak akan bermula pada 31 Ogos 2025 dan berakhir pada 31 Disember 2025.

JUMLAH MYSARA DALAM MYKAD

  • Individu yang telah mencapai usia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan RM100 secara automatik ke dalam MyKad, tanpa mengira status – sama ada bujang, berkahwin, atau warga emas.
  • Ahli keluarga di bawah tanggungan isi rumah juga tetap layak jika berumur 18 tahun ke atas.
  • Contoh agihan: Suami RM100, Isteri RM100, Anak yang masih belajar di universiti pun dapat RM100.

CARA GUNA BANTUAN MYSARA

Bantuan RM100 akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad. Berikut ialah panduan penggunaan bagi dimanfaatkan sepenuhnya:

  1. Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
  2. Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
  3. Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
  4. Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
  5. Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
  7. Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.

SEMAKAN MYSARA 100 DALAM MYKAD

Untuk mengetahui kelayakan atau status bantuan, penerima boleh membuat semakan online menerusi 2 laman rasmi yang telah disediakan. Berikut ialah langkah-langkah lengkapnya:

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

LOGIN SEMAKAN MYSARA 100 DALAM MYKAD
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

LOGIN SEMAKAN MYSARA 100 DALAM MYKAD
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi MySARA 100 Dalam MyKad ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment