SEMAKAN SARA ONE OFF RM100 : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Kerajaan telah mengumumkan pelbagai bentuk sokongan kewangan bagi meringankan kos sara hidup rakyat. Salah satu inisiatif yang menarik perhatian ialah pemberian bantuan tambahan one off RM100 SARA MyKasih, khusus untuk membantu penerima membeli barangan keperluan asas. Pengumuman rasmi ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan golongan berpendapatan rendah terutamanya, terus mendapat perlindungan kewangan ketika berdepan cabaran ekonomi. Bantuan one off ini disalurkan terus ke dalam MyKad penerima, menjadikan proses lebih mudah dan telus tanpa perlu tunai fizikal. Tujuan utama bantuan ini adalah menambah sokongan sementara kepada isi rumah yang terkesan dengan peningkatan kos barangan asas.
Bagi memastikan ketepatan maklumat, penerima boleh membuat semakan status kelayakan SARA One Off RM100 secara online untuk mengetahui sama ada mereka layak menerima bayaran tambahan ini. Teruskan membaca artikel ini untuk maklumat lengkap.
BACA JUGA: SEMAK STATUS TERKINI SARA TAMBAHAN RM100
SYARAT KELAYAKAN SARA 2025
Bantuan SARA RM100 disediakan untuk golongan B40 dan M40 yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. Ia terbuka kepada pemohon isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah maklumat lanjut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA?
SARA TAMBAHAN ONE OFF

- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Semakan status bantuan tambahan SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
SARA SEDIA ADA
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
BILA TARIKH BAYARAN SARA RM100 DIKREDITKAN?
Bayaran bantuan SARA RM100 akan dikreditkan pada setiap awal bulan kepada penerima yang layak, sama ada daripada kategori B40 atau M40. Perinciannya adalah seperti berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BAGAIMANA CARA GUNA SARA ONE OFF RM100?
Langkah-langkah di bawah boleh dijadikan rujukan oleh penerima untuk menggunakan bantuan SARA One Off RM100 yang telah dimasukkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:

- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI SARA ONE OFF RM100?
Anda boleh menyemak baki kredit bantuan SARA One Off RM100 melalui aplikasi MyKasih dengan mengikuti panduan berikut:

- MUAT TURUN APLIKASI
- Cari & pasang “MyKasih” di:
- Google Play Store (Android)
- Apple App Store (iPhone)
- Cari & pasang “MyKasih” di:
- LOG MASUK / DAFTAR
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
- SEMAK BAKI
- Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
- Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
- Anda juga boleh semak:
- Tarikh bantuan dikreditkan
- Senarai barangan yang dibenarkan
- Tempoh sah penggunaan
- CIRI TAMBAHAN
- Cari kedai berhampiran yang terima SARA.
- Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
- Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
- NOTA PENTING
- Jika gagal log masuk aplikasi:
- Guna pautan web semakan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Pastikan MyKad anda masih sah & aktif.
- Baki tidak digunakan akan luput mengikut tarikh akhir program (rujuk aplikasi/web rasmi).
BAGAIMANAKAH SEMAKAN SARA ONE OFF RM100 DIBUAT?
Semakan status kelayakan penerima bantuan SARA One Off RM100 kini boleh dilakukan secara online. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal MyKasih https://mykasih.com.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan SARA One Off RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]