BANTUAN DALAM MYKAD RM100 : SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF

BANTUAN DALAM MYKAD RM100 : SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF

Kerajaan melalui pengumuman khas oleh Perdana Menteri telah memperkenalkan bantuan dalam MyKad RM100 sebagai salah satu bentuk sokongan tambahan kepada rakyat. Bantuan ini dikenali sebagai SARA One-Off RM100, iaitu bayaran sekali sahaja (sekali bayar) yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak. Inisiatif ini diumumkan sebagai langkah segera bagi meringankan beban rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup harian. Tidak seperti bantuan bulanan SARA MyKasih yang diberikan secara berterusan, SARA One-Off RM100 ini hanya dinikmati sekali sahaja oleh penerima.

Setiap individu warganegara Malaysia yang memenuhi kriteria asas digalakkan untuk membuat semakan status SARA One-Off melalui saluran rasmi bagi mengetahui kelayakan masing-masing. Jom ikuti artikel ini untuk info lanjut.

BACA JUGA: SEMAK KATEGORI BARANGAN SARA MYKASIH 2025 YANG DILULUSKAN

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM100?

Kelayakan bantuan dalam MyKad RM100 ini secara automatik dan terbuka kepada semua individu dewasa. Tiada permohonan diperlukan. Syarat utama yang perlu dipenuhi termasuklah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM100

BILA TARIKH BANTUAN DALAM MYKAD AKAN DIBAYAR?

Bantuan dalam MyKad RM100 akan mula dibayar kepada penerima mengikut perincian berikut:

  • Tarikh mula bayaran: 31 Ogos 2025.
  • Kaedah bayaran: Kredit terus kedalam MyKad penerima.
  • Tempoh agihan: Sekali gus secara One-Off.
  • Tarikh tamat bantuan: 31 Disember 2025.
BILA TARIKH BANTUAN DALAM MYKAD AKAN DIBAYAR

BERAPA JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD YANG DIKREDITKAN?

Jumlah bantuan dalam MyKad RM100 yang dikreditkan kepada penerima yang layak adalah seperti butiran di bawah:

  • Umur 18 tahun ke atas? Layak terima RM100 dalam MyKad!
  • Tak kira anda bujang, warga emas atau isi rumah – semua dapat.
  • Termasuk ahli keluarga yang ditanggung, asalkan 18 tahun ke atas.
  • Contoh:
    • Suami: RM100
    • Isteri: RM100
    • Anak yang masih belajar (IPT): RM100

BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN RM100 UNTUK PEMBELIAN?

Cara guna bantuan dalam MyKad RM100 untuk pembelian, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN RM100 UNTUK PEMBELIAN

BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN DALAM MYKAD RM100 DILAKUKAN?

Cara semak bantuan dalam MyKad untuk mengetahui status bayaran SARA One-Off, penerima boleh membuat semakan bermula 21 Ogos 2025 secara online melalui aplikasi MyKasih https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi talian hotline MyKasih di 03-7720 1800. Berikut adalah langkah-langkah semakan:

SEMAKAN BANTUAN MELALUI APLIKASI MYKASIH

  1. MUAT TURUN APLIKASI
  2. LOG MASUK / DAFTAR
    • Masukkan nombor MyKad anda.
    • Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
  3. SEMAK BAKI
    • Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
    • Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
    • Anda juga boleh semak:
      • Tarikh bantuan dikreditkan
      • Senarai barangan yang dibenarkan
      • Tempoh sah penggunaan
  • CIRI TAMBAHAN
    • Cari kedai berhampiran yang terima SARA.
    • Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
    • Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
  • NOTA PENTING
    • Jika gagal log masuk aplikasi:
SEMAKAN MELALUI APLIKASI MYKASIH

SEMAKAN BANTUAN MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN PORTAL RASMI MYKASIH

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan Dalam MyKad RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment