SEMAKAN BAYARAN SARA RM100 : SEMAK STATUS DUIT DALAM MYKAD 2025

SEMAKAN BAYARAN SARA RM100 : SEMAK STATUS DUIT DALAM MYKAD 2025

Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan SARA One-Off RM100 sebagai tambahan kepada inisiatif sedia ada. Bantuan ini diberikan dalam bentuk kredit terus ke dalam MyKad, tanpa perlu permohonan oleh penerima. Melalui langkah ini, rakyat Malaysia yang layak dapat menikmati manfaat segera bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin mencabar. Berbeza dengan SARA bulanan MyKasih yang diberikan setiap bulan sepanjang tahun, bantuan SARA RM100 One-Off ini hanya dilaksanakan sekali sahaja. Namun begitu, ia tetap penting kerana setiap bentuk bantuan mampu memberi kelegaan kepada isi rumah yang berdepan kos barangan asas yang tinggi.

Bagi memastikan sama ada penerima tersenarai atau tidak, orang ramai digalakkan untuk membuat semakan bayaran SARA RM100 melalui portal rasmi kerajaan. Teruskan membaca artikel ini untuk maklumat lengkap.

BACA JUGA: CHECK KELAYAKAN SUMBANGAN SARA MYKASIH 2025 SECARA ONLINE

APA SYARAT KELAYAKAN SARA RM100?

Ada 2 syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi oleh semua individu dewasa untuk layak menerima bantuan SARA RM100 ini. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas

Makluman: Tiada permohonan perlu dibuat. Semakan kelayakan dan status bayaran SARA RM100 boleh dilakukan terus secara online melalui platform rasmi kerajaan.

APA SYARAT KELAYAKAN SARA RM100

BERAPA JUMLAH BAYARAN SARA YANG DIKREDITKAN?

  • Individu yang telah mencapai usia 18 tahun ke atas akan menerima jumlah bantuan RM100 secara automatik ke dalam MyKad, tanpa mengira status – sama ada bujang, berkahwin, atau warga emas.
  • Ahli keluarga di bawah tanggungan isi rumah juga tetap layak jika berumur 18 tahun ke atas.
    • Contoh agihan: Suami RM100, Isteri RM100, Anak yang masih belajar di universiti pun dapat RM100.

BILA TARIKH BAYARAN SARA RM100 DISALURKAN?

Bayaran SARA RM100 One-Off ini akan disalurkan seperti berikut:

  • Tarikh mula bayaran: 31 Ogos 2025.
  • Kaedah bayaran: Kredit terus kedalam MyKad penerima.
  • Tempoh agihan: Sekali gus secara One-Off.
  • Tarikh tamat bantuan: 31 Disember 2025.
BILA TARIKH BAYARAN SARA RM100 DISALURKAN

BAGAIMANA CARA GUNA SARA RM100 DALAM MYKAD?

Cara guna bantuan SARA RM100 untuk membuat bayaran menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan SARA RM100 boleh semak panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA GUNA SARA RM100 DALAM MYKAD

SEMAKAN BAYARAN SARA RM100

Untuk membuat semakan bayaran SARA RM100 One-Off, penerima boleh semak bermula 21 Ogos 2025 secara online melalui aplikasi MyKasih https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi talian hotline MyKasih di 03-7720 1800. Berikut adalah langkah-langkah semakan:

SEMAKAN BAYARAN RM100 MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN PORTAL RASMI SARA

SEMAKAN BAYARAN SARA RM100 MELALUI APLIKASI MYKASIH

  1. MUAT TURUN APLIKASI
  2. LOG MASUK / DAFTAR
    • Masukkan nombor MyKad anda.
    • Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
  3. SEMAK BAKI
    • Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
    • Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
    • Anda juga boleh semak:
      • Tarikh bantuan dikreditkan
      • Senarai barangan yang dibenarkan
      • Tempoh sah penggunaan
  • CIRI TAMBAHAN
    • Cari kedai berhampiran yang terima SARA.
    • Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
    • Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
  • NOTA PENTING
    • Jika gagal log masuk aplikasi:
SEMAKAN MELALUI APLIKASI MYKASIH

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Bayaran SARA RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment