SEMAK BANTUAN SARA MYKASIH : SEMAKAN STATUS SUMBANGAN 2025
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih merupakan salah satu inisiatif utama kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 bagi membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup. Melalui bantuan ini, penerima akan mendapat kredit tanpa tunai yang dimasukkan terus ke dalam MyKad setiap bulan, khusus untuk membeli barangan keperluan asas di kedai runcit dan pasar raya terpilih. Seramai 5.4 juta penerima SARA MyKasih telah dikenal pasti di seluruh negara. Selain itu, program ini juga membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat, di samping mengurangkan tekanan kos barangan asas yang semakin meningkat.
Dengan adanya kemudahan semak Bantuan SARA MyKasih, orang ramai boleh mengetahui status kelayakan masing-masing secara mudah dan pantas. Justeru, penting untuk setiap penerima membuat semakan status SARA MyKasih agar tidak terlepas daripada menikmati faedah bantuan yang telah diperuntukkan. Ikuti artikel ini hingga akhir untuk mengetahui caranya.
BACA JUGA: CHECK STATUS BANTUAN TERKINI SARA DALAM IC
APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH?
Bantuan SARA MyKasih diberikan khusus kepada golongan B40 dan M40 yang menepati syarat kelayakan. Ia meliputi pemohon daripada kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Rujuk butiran di bawah untuk maklumat lanjut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BILA TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH DIKREDITKAN?
Bayaran Bantuan SARA MyKasih akan dikreditkan pada setiap awal bulan kepada penerima yang layak, sama ada daripada kategori B40 atau M40. Semak perincian tarikh bayaran Bantuan SARA MyKasih seperti berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025

BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG DISALURKAN?
Bantuan SARA MyKasih menyalurkan jumlah bantuan berbeza mengikut kelayakan penerima. Golongan B40 menerima antara RM600 hingga RM2100, manakala golongan M40 menerima antara RM450 hingga RM900. Bantuan ini akan dikreditkan secara terus ke MyKad penerima, seperti yang diringkaskan dalam jadual berikut:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Semakan status bantuan tambahan SARA boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS?
Cara guna Bantuan SARA MyKasih untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima Bantuan SARA MyKasih boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN SARA MYKASIH?
Cara semak status Bantuan SARA MyKasih kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh Bantuan SARA MyKasih:
SEMAK BANTUAN SARA MYKASIH MELALUI PORTAL STR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAK BANTUAN SARA MYKASIH MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

RUJUKAN
Panduan bagi Semak Bantuan SARA MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]