SEMAKAN STATUS BANTUAN STR : (FASA 4 2025) SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

SEMAKAN STATUS BANTUAN STR : (FASA 4 2025) SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

Kerajaan terus mengekalkan komitmen dalam membantu rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Kini, pembayaran telah memasuki Fasa 4 bagi tahun 2025, yang juga merupakan fasa terakhir tahun ini. Bantuan ini memberi manfaat besar kepada hampir 9 juta isi rumah B40, M40, warga emas, serta individu bujang yang layak. Dengan adanya kemudahan semakan status bantuan STR, penerima boleh mengetahui kelayakan serta jumlah bayaran secara mudah melalui portal rasmi.

Artikel ini akan menerangkan cara membuat semakan status bantuan STR Fasa 4 2025, kategori penerima dan jumlah bayaran yang akan disalurkan. Ikuti artikel ini untuk info lanjut.

BACA JUGA: CHECK TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR

Supaya bantuan STR sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukan, terdapat syarat kelayakan tertentu yang mesti dipenuhi mengikut kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Rujuk perincian berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Penting: Individu bujang yang masih dalam pengajian IPTA/IPTS tidak layak memohon sebagai pemohon bujang. Sebaliknya, mereka perlu dimasukkan dalam maklumat tanggungan permohonan isi rumah.

BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 4?

Pembayaran Bantuan STR diagihkan mengikut 4 fasa. Ramai penerima kini menantikan pengumuman rasmi tarikh bayaran bagi Fasa 4. Jadual berikut menunjukkan pecahan setiap fasa dan tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Tarikh rasmi akan dikemas kini setelah kerajaan buat pengumuman. Kalau ikut rekod tahun lepas (2024), bayaran Fasa 4 dalam bulan November – Rujukan: bantuantunai.hasil (FAQ).

BAGAIMANA CARA BANTUAN STR DISALURKAN?

Terdapat dua cara pembayaran bagi Bantuan STR, ditentukan berdasarkan jenis penerima sama ada mempunyai akaun bank atau tidak. Berikut adalah perinciannya:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 4?

Jumlah bantuan STR berbeza bagi setiap kategori kelayakan penerima, bermula dari RM150 sehingga RM700 mengikut fasa. Semak jadual berikut mengenai jumlah bantuan STR Fasa 4 mengikut kategori yang layak:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
01000500150150200
1-21500500300350350
3-42000500500500500
>52500500650650700
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
0500150100150100
1-2750150200200200
3-41000250250250250
>51250300300300350
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150
  • BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150

SEMAKAN STATUS BANTUAN STR

Semakan status bantuan STR Fasa 4 boleh dibuat melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Sila pilih menu Log Masuk MySTR dan klik Semakan Status. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang). Berikut adalah langkah-langkah lengkap semakan status bantuan STR:

  1. Buka laman rasmi bantuan STR untuk semakan status: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Tekan pada butang [Log Masuk].
    • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  4. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
    • Tekan [Ya] sekiranya betul.
  5. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  6. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  7. Klik pada butang [Semakan 2025].
    • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  8. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
    • Status Bayaran Bantuan STR Fasa 4 akan dipaparkan.
LOGIN SEMAKAN STATUS BANTUAN STR

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Status Bantuan STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Email : [email protected]

Leave a Comment