STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI
Pada tahun 2025, kerajaan meneruskan komitmen membantu rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang kini memasuki Fasa 4. Bantuan ini menjadi penantian ramai kerana ia merupakan fasa terakhir STR untuk tahun ini. Dengan adanya kemudahan STR login Fasa 4, penerima boleh membuat semakan status bayaran bantuan tunai dengan lebih mudah secara online. Inisiatif ini memberi manfaat besar kepada golongan B40 dan M40 yang layak, termasuk warga emas dan bujang.
Melalui artikel ini, anda akan mengetahui cara membuat semakan STR Fasa 4 2025 dengan cepat dan tepat. Teruskan membaca artikel ini untuk maklumat lengkap.
BACA JUGA: CHECK JUMLAH BAYARAN STR BUJANG 2025
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Bagi memastikan bantuan STR diterima oleh golongan yang benar-benar layak, syarat kelayakan telah ditetapkan mengikut kategori pemohon iaitu isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah perinciannya:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang yang masih menuntut secara sepenuh masa di IPTA/IPTS, hanya layak dimasukkan sebagai anak atau tanggungan dalam permohonan isi rumah. Mereka tidak dibenarkan membuat permohonan secara individu sebagai kategori bujang.
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 4?
Jumlah bantuan STR Fasa 4 berbeza bagi setiap kategori penerima mengikut kategori, bermula dari RM150 sehingga RM700. Semak jadual berikut mengenai jumlah bantuan STR Fasa 4 mengikut kategori yang layak:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
| 1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
| 3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
| >5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
| 1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
| 3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
| >5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
BILA TARIKH BANTUAN STR DIBAYAR?
Bantuan STR 2025 dibayar mengikut 4 fasa. Ramai penerima kini menantikan pengumuman rasmi tarikh bayaran bagi Fasa 4. Jadual berikut menunjukkan pecahan setiap fasa dan tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh bayaran akan dikemas kini sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan. Untuk rujukan, pembayaran Fasa 4 pada tahun 2024 dibuat sekitar akhir November – Sumber: bantuantunai.hasil (FAQ).
BAGAIMANA CARA BANTUAN STR DISALURKAN?
Bantuan STR Fasa 4 disalur melalui dua cara bergantung pada kategori penerima. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
STR LOGIN FASA 4 SEMAKAN
Cara login STR Fasa 4 untuk semakan status boleh dibuat melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Sila pilih menu Log Masuk MySTR dan klik Semakan Status. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang). Dengan cara ini, semakan STR login Fasa 4 2025 boleh dibuat pada bila-bila masa tanpa perlu hadir ke kaunter LHDN. Berikut adalah langkah-langkah lengkap semakan:
- Login laman rasmi STR untuk semakan Fasa 4: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.

RUJUKAN
Panduan bagi STR Login Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]