STR BUJANG FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN DAN JUMLAH BAYARAN
Kerajaan meneruskan komitmen membantu rakyat melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diumumkan dalam Belanjawan 2025. Baru-baru ini, pembayaran STR Fasa 3 telah diagihkan kepada penerima merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang, sekali gus memberi kelegaan sementara dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup. Untuk STR Bujang Fasa 4, golongan bujang berpendapatan rendah turut diberi perhatian bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan tunai. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan, terutama dalam membeli barangan keperluan asas serta mengurangkan tekanan kos hidup harian.
Bagi memastikan ketelusan, kerajaan menyediakan kemudahan semakan status kelayakan STR Bujang Fasa 4 secara online Jom ikuti artikel ini untuk info lanjut.
BACA JUGA: CHECK STATUS BANTUAN STR FASA 4 2025 TERKINI
APA SYARAT KELAYAKAN STR?
Bantuan STR hanya akan diberikan kepada penerima yang menepati syarat kelayakan. Kelayakan ini dibahagikan mengikut kategori pemohon iaitu isi rumah, warga emas serta bujang.
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Perhatian: Jika anda bujang berumur 21 tahun atau OKU yang berumur 19 tahun ke atas dan masih belajar di IPT, anda tak boleh mohon sebagai individu. Anda hanya boleh disenaraikan bawah tanggungan dalam permohonan isi rumah.
TARIKH STR BUJANG FASA 4 DIBAYAR BILA?
Pembayaran STR Bujang diagihkan secara berperingkat. Ramai penerima kini menantikan pengumuman rasmi tarikh bayaran bagi Fasa 4. Jadual berikut menunjukkan pecahan setiap fasa dan tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh rasmi akan dikemas kini setelah kerajaan buat pengumuman. Kalau ikut tahun lepas (2024), bayaran Fasa 4 adalah pada bulan November – Rujukan: bantuantunai.hasil (FAQ)
BAGAIMANA CARA STR BUJANG FASA 4 DISALURKAN?
Bantuan STR dibayar sama ada dikreditkan terus ke akaun bank penerima, atau secara tunai di kaunter BSN bagi yang tidak mempunyai akaun. Butiran lanjut adalah seperti di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR BUJANG FASA 4?
Setiap penerima STR Bujang Fasa 4 akan menerima bayaran yang sama mengikut kategori iaitu RM150 setiap fasa dengan jumlah keseluruhan bantuan adalah RM600. Lihat jadual berikut untuk butiran lengkap:
| KATEGORI PENERIMA | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| BUJANG BELIA | 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
| BUJANG WARGA EMAS | 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
| BUJANG OKU | 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
NAK BUAT SEMAKAN STR BUJANG FASA 4 BAGAIMANA?
Semakan status kelayakan dan jumlah bayaran STR Bujang Fasa 4 boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. Pemohon hanya perlu pilih menu Log Masuk MySTR kemudian klik pada Semakan Status. Selain itu, pertanyaan juga boleh dibuat dengan menghubungi Hotline BKK di talian 1-800-88-2747 (beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang). Langkah-langkah lengkap untuk membuat semakan adalah seperti di bawah:

- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi STR Bujang Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]