SEMAK STATUS SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BULANAN

SEMAK STATUS SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BULANAN

Program SARA MyKasih merupakan antara inisiatif penting kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 bagi membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup. Melalui program ini, penerima yang layak akan menerima bantuan bulanan dalam bentuk kredit tanpa tunai yang terus dimasukkan ke dalam MyKad untuk membeli barangan keperluan asas di kedai runcit dan pasar raya terpilih. Bantuan ini memfokuskan kepada golongan B40 dan sebahagian daripada M40 yang layak menerima manfaat. Seramai 5.4 juta isi rumah di seluruh negara telah menerima bantuan ini, sekali gus memastikan rakyat mempunyai akses lebih baik kepada keperluan asas harian. Tujuan utama bantuan SARA MyKasih adalah untuk meringankan tekanan kewangan keluarga, menjamin kesejahteraan hidup, dan membantu menguruskan perbelanjaan harian dengan lebih teratur.

Dalam artikel ini, anda boleh ketahui cara semak status SARA MyKasih termasuk maklumat penting berkaitan bantuan tersebut. Jom ikuti artikel ini untuk info lanjut.

BACA JUGA: CHECK KATEGORI BARANGAN ASAS TERPILIH BANTUAN MYKASIH

SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH

Bantuan SARA MyKasih 2025 ini diberikan kepada golongan B40 dan M40, tertakluk kepada syarat kelayakan tertentu yang perlu dipenuhi oleh pemohon kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Semak butiran berikut untuk status kelayakan SARA MyKasih:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH?

  • Jumlah bantuan SARA MyKasih mengikut kategori:
    • B40: RM600 – RM2100
    • M40: RM450 – RM900
  • Semua bayaran dikreditkan terus ke MyKad penerima. Semak jadual di bawah untuk pecahan jumlah bantuan SARA MyKasih dengan lebih lanjut:
  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN ONE-OFF RM100 SARA

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA MyKasih boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH

BILA TARIKH SARA MYKASIH DIKREDITKAN?

Tarikh pengkreditan Bantuan SARA MyKasih ditetapkan pada awal bulan, mengikut kategori penerima layak sama ada B40 atau M40. Butirannya adalah seperti berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025
BILA TARIKH SARA MYKASIH 2025 AKAN DIKREDITKAN

BAGAIMANA CARA GUNA SARA MYKASIH?

Cara guna SARA MyKasih untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan SARA MyKasih boleh semak panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA GUNA SARA MYKASIH

CARA SEMAK BAKI SARA MYKASIH MELALUI APLIKASI

Anda boleh menyemak baki kredit bantuan SARA MyKasih melalui aplikasi dengan mengikuti panduan berikut:

  1. MUAT TURUN APLIKASI
  2. LOG MASUK / DAFTAR
    • Masukkan nombor MyKad anda.
    • Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
  3. SEMAK BAKI
    • Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
    • Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
    • Anda juga boleh semak:
      • Tarikh bantuan dikreditkan
      • Senarai barangan yang dibenarkan
      • Tempoh sah penggunaan
  • CIRI TAMBAHAN
    • Cari kedai berhampiran yang terima SARA.
    • Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
    • Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
  • NOTA PENTING
    • Jika gagal log masuk aplikasi:
      • Guna pautan web semakan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
    • Pastikan MyKad anda masih sah & aktif.
    • Baki tidak digunakan akan luput mengikut tarikh akhir program (rujuk aplikasi/web rasmi).
CARA SEMAK BAKI SARA MYKASIH MELALUI APLIKASI

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS SARA MYKASIH?

Cara semak status penerima SARA MyKasih kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah penuh untuk semak status SARA MyKasih:

SEMAK STATUS SARA MYKASIH MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN PORTAL RASMI STR

SEMAK STATUS SARA MYKASIH MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN LAMAN RASMI SARA

RUJUKAN

Panduan bagi Semak Status SARA MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment