SEMAK STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN TUNAI 2025

SEMAK STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN TUNAI 2025

Kerajaan meneruskan komitmen membantu rakyat melalui pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diumumkan dalam Belanjawan 2025. Selepas pembayaran STR Fasa 3 disalurkan sebelum ini, kini perhatian rakyat tertumpu kepada STR Fasa 4, iaitu fasa terakhir untuk tahun ini. Bantuan ini memberi manfaat besar kepada golongan B40 dan M40 dengan melibatkan lebih 8.6 juta penerima di seluruh negara. STR diwujudkan khusus untuk meringankan beban kos sara hidup, terutamanya bagi isi rumah berpendapatan rendah, warga emas, serta individu bujang. Dengan pengagihan secara berfasa, penerima dapat mengurus keperluan harian secara lebih stabil dan terancang.

Bagi memudahkan rakyat, kerajaan turut menyediakan kemudahan untuk semak status STR Fasa 4 secara dalam talian. Ikuti artikel ini hingga akhir untuk mengetahui caranya.

BACA JUGA: CHECK STATUS PENERIMA BUJANG STR FASA 4 2025

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR?

Syarat kelayakan telah ditetapkan mengikut kategori pemohon iaitu isi rumah, warga emas dan bujang dalam memastikan hanya yang benar-benar layak sahaja akan terpilih. Berikut butirannya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang yang masih menuntut secara sepenuh masa di IPTA/IPTS, hanya layak dimasukkan sebagai anak atau tanggungan dalam permohonan isi rumah. Mereka tidak dibenarkan membuat permohonan secara individu sebagai kategori bujang.

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 4?

Jumlah bantuan STR Fasa 4 berbeza bagi setiap kategori penerima, bermula dari RM150 sehingga RM700. Semak jadual berikut mengenai jumlah bantuan STR Fasa 4 mengikut kategori yang layak:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
01000500150150200
1-21500500300350350
3-42000500500500500
>52500500650650700
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
0500150100150100
1-2750150200200200
3-41000250250250250
>51250300300300350
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150
  • BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150

BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4 DISALURKAN?

Bantuan STR dilaksanakan secara berperingkat melibatkan empat fasa utama. Penerima kini menunggu pengesahan rasmi daripada pihak kerajaan mengenai tarikh pembayaran bagi Fasa 4. Lihat jadual berikut untuk maklumat lengkap:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Tarikh akan dikemas kini berdasarkan pengumuman rasmi kerajaan. Rekod tahun 2024 menunjukkan bayaran Fasa 4 dibuat pada November – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ).

BAGAIMANA CARA STR FASA 4 DIBAYAR?

Pembayaran STR Fasa 4 dilaksanakan melalui dua cara utama, disesuaikan mengikut jenis penerima seperti berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BAGAIMANA CARA SEMAK STR FASA 4 DILAKUKAN?

Cara semak STR Fasa 4 boleh dibuat melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Sila pilih menu Log Masuk MySTR dan klik Semakan Status. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang). Berikut adalah langkah-langkah lengkap semakan:

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Tekan pada butang [Log Masuk].
    • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  4. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
    • Tekan [Ya] sekiranya betul.
  5. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  6. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  7. Klik pada butang [Semakan 2025].
    • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  8. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
    • Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
BAGAIMANA CARA SEMAK STR FASA 4 DILAKUKAN

RUJUKAN

Panduan bagi Semak STR Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Email : [email protected]

Leave a Comment