CARA SEMAK DUIT SARA RM100 DALAM MYKAD – BANTUAN 2025
Kerajaan melalui pengumuman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan bantuan khas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off RM100 sebagai langkah tambahan untuk membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup. Semakan status kelayakan bagi bantuan duit SARA RM100 telah dibuka pada 21 Ogos 2025. Bantuan ini akan dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan mulai 31 Ogos 2025.
Bagi penerima yang baharu, pasti timbul persoalan bagaimana untuk semak status Duit SARA RM100 dalam MyKad sama ada sudah dikreditkan atau tidak. Oleh itu, kami sediakan panduan lengkap di bawah bagi memudahkan anda membuat semakan dan info penting berkenaan bantuan ini.
BACA JUGA: CHECK TARIKH BAYARAN RM100 SARA ONE OFF SECARA ONLINE
APA ITU BANTUAN DUIT SARA?
Bantuan Duit SARA adalah inisiatif tambahan sekali bayar (one-off) bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup. Bantuan khas ini dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima tanpa perlu sebarang permohonan, menjadikannya lebih mudah dan pantas untuk diakses. Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas secara automatik layak menerima bantuan ini.
TARIKH BAYARAN DUIT SARA
Bayaran bagi bantuan Duit SARA akan dibuat mengikut butiran berikut:
- Tarikh mula bayaran: 31 Ogos 2025.
- Kaedah bayaran: Kredit terus kedalam MyKad penerima.
- Tempoh agihan: Sekali gus secara One-Off.
- Tarikh tamat bantuan: Sehingga 31 Disember 2025.

BAGAIMANA CARA GUNA DUIT SARA UNTUK PEMBELIAN?
Cara guna Duit SARA untuk pembelian barangan asas, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan Duit SARA boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan ke dalam MyKad masing-masing:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN DUIT SARA
Cara semak status Duit SARA dalam MyKad boleh dibuat bermula 21 Ogos 2025 melalui laman rasmi SARA https://sara.gov.my dan aplikasi MyKasih. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi talian hotline MyKasih di 03-7720 1800. Berikut adalah cara untuk semak Duit SARA:
SEMAK DUIT MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

SEMAK DUIT SARA MELALUI APLIKASI MYKASIH
- MUAT TURUN APLIKASI
- Cari & pasang “MyKasih” di:
- Google Play Store (Android)
- Apple App Store (iPhone)
- Cari & pasang “MyKasih” di:
- LOG MASUK / DAFTAR
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
- SEMAK BAKI
- Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
- Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
- Anda juga boleh semak:
- Tarikh bantuan dikreditkan
- Senarai barangan yang dibenarkan
- Tempoh sah penggunaan
- CIRI TAMBAHAN
- Cari kedai berhampiran yang terima SARA.
- Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
- Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
- NOTA PENTING
- Jika gagal log masuk aplikasi:
- Guna pautan web semakan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Pastikan MyKad anda masih sah & aktif.
- Baki tidak digunakan akan luput mengikut tarikh akhir program (rujuk aplikasi/web rasmi).
- Jika gagal log masuk aplikasi:

KENAPA BANTUAN DUIT SARA INI PENTING?
Bantuan Duit SARA penting kerana ia membantu meringankan kos sara hidup rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah yang terkesan dengan kenaikan harga barang. Walaupun kecil, ia tetap memberi kelegaan untuk membeli keperluan harian seperti barang dapur dan perbelanjaan mendesak.
Selain itu, bantuan ini melengkapkan sokongan sedia ada seperti SARA MyKasih bulanan. Ia bukan sahaja memberi manfaat kewangan segera, tetapi juga menandakan keprihatinan kerajaan serta memberi semangat positif kepada penerima dalam menghadapi cabaran ekonomi.
RUJUKAN
Panduan bagi Cara Semak Duit SARA ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]