SEMAK SARA ONE OFF RM100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN 2025

SEMAK SARA ONE OFF RM100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN 2025

Program SARA MyKasih terus menjadi antara fokus utama kerajaan dalam Belanjawan 2025 sabagai salah satu inisiatif yang berkesan dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan. Dalam tahun ini juga, kerajaan turut mengumumkan bantuan tambahan berbentuk bayaran one-off sebanyak RM100 sebagai penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan lengkap tentang cara semak bantuan SARA dan SARA one-off Rm100, syarat kelayakan serta jumlah bayaran bulanan yang akan diterima oleh penerima.

BACA JUGA: SEMAK SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA?

Syarat kelayakan bantuan SARA adalah berdasarkan individu daripada golongan B40 dan M40. Bantuan ini melibatkan kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Perinciannya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

BILAKAH TARIKH BAYARAN SARA RM100?

Tarikh bayaran bantuan SARA dijadualkan pada setiap awal bulan sepanjang tahun 2025 mengikut kategori penerima layak sama ada B40 atau M40. Butirannya adalah seperti berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025
  • Penerima SARA One-Off:
    • 31 Ogos 2025

BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN SARA?

Bagi golongan B40, jumlah bantuan adalah antara RM600 hingga RM2100, manakala bagi M40 pula antara RM450 hingga RM900. Semua bayaran ini akan dikreditkan terus ke MyKad penerima. Jadual berikut menunjukkan pecahan jumlah bantuan:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*SARA ONE OFF RM100 (BANTUAN TAMBAHAN)

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Bantuan SARA One Off boleh di semak menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE OFF RM100

BAGAIMANA CARA SEMAK SARA ONE OFF RM100?

Status kelayakan Bantuan SARA Rm100 ini boleh semak secara online. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Portal MyKasih https://mykasih.com.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:

SEMAK SARA MELALUI PORTAL MYKASIH

  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi
LOGIN BAGAIMANA CARA SEMAK SARA RM100

SEMAK SARA MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN BAGAIMANA CARA SEMAK SARA RM100

CARA SEMAK SARA ONE OFF RM100 MELALUI APLIKASI

Untuk ketahui status bayaran SARA One Off, penerima yang layak boleh check melalui aplikasi MyKasih dengan memuat turun dari Play Store atau App Store. Kemudian, log masuk aplikasi dan check baki bantuan. Berikut disertakan langkah-langkah lengkap untuk membuat semakan bayaran:

  1. MUAT TURUN APLIKASI
  2. LOG MASUK / DAFTAR
    • Masukkan nombor MyKad anda.
    • Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
  3. SEMAK BAKI
    • Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
    • Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
    • Anda juga boleh semak:
      • Tarikh bantuan dikreditkan
      • Senarai barangan yang dibenarkan
      • Tempoh sah penggunaan
  • CIRI TAMBAHAN
    • Cari kedai berhampiran yang terima SARA.
    • Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
    • Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
  • NOTA PENTING
    • Jika gagal log masuk aplikasi:
    • Guna pautan web semakan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
    • Pastikan MyKad anda masih sah & aktif.
    • Baki tidak digunakan akan luput mengikut tarikh akhir program (rujuk aplikasi/web rasmi).
CHECK STATUS SARA MELALUI APLIKASI MYKASIH

RUJUKAN

Panduan bagi Semak SARA One Off RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment