BANTUAN BARANGAN DAPUR MYKASIH : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Bantuan Barangan Dapur MyKasih 2025 merupakan salah satu inisiatif kerajaan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat. Melalui program ini, penerima yang layak dari kalangan kategori B40 dan M40 akan menerima bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas. Bantuan ini diberikan secara bulanan tanpa tunai (cashless) melalui MyKad penerima.
Bagaimanakah cara membuat semakan status kelayakan bantuan barangan dapur MyKasih? Ikuti kupasan penuh info yang telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: CHECK ONLINE SENARAI BARANG DAPUR SARA (2025)
APAKAH SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BARANGAN DAPUR MYKASIH?
Bantuan barang dapur MyKasih hanya akan disalurkan kepada individu yang memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan tidak melebihi RM5000 sebulan.
- Lulus & Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
BERAPA JUMLAH BANTUAN BARANGAN DAPUR MYKASIH?
Penerima bantuan barangan dapur MyKasih akan menerima jumlah bantuan yang berbeza mengikut kategori kelayakan seperti dibawah:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN BARANGAN DAPUR?
Tarikh bayaran bantuan barang dapur adalah pada setiap awal bulan sepanjang tahun 2025 mengikut dua pecahan kategori berikut:
- Penerima STR & eKasih (B40):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima STR sahaja (M40):
- Bermula April hingga Disember 2025
*Bayaran bagi SARA tambahan (One-Off) adalah pada 31 Ogos 2025.
CARA GUNA BANTUAN BARANGAN DAPUR
Sebagai panduan, penerima bantuan boleh merujuk langkah-langkah berikut untuk menggunakan bantuan barangan dapur MyKasih yang telah dikreditkan ke MyKad secara tanpa tunai.
- Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
- Pilih barangan asas yang telah diluluskan dari senarai 14 kategori barang bantuan MyKasih 2025.
- Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
- Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.
APAKAH SENARAI BARANGAN DAPUR MYKASIH?
Berikut adalah senarai lengkap barang dapur dari 14 kategori barangan keperluan asas yang boleh dibeli oleh penerima bantuan berserta contoh jenama popular bagi setiap kategori:

| KATEGORI BARANGAN | CONTOH JENAMA |
|---|---|
| BERAS | Jasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation |
| ROTI | Massimo, Mighty White, Gardenia |
| TELUR | CP, QL Eggs, Nutri Plus |
| MINYAK MASAK | Seri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit |
| TEPUNG | Sauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros |
| BISKUT | Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng |
| MI SEGERA | Indo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan |
| MINUMAN | BOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico |
| MAKANAN DALAM TIN | Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup |
| BAHAN PERASA | Puteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s |
| PRODUK KEBERSIHAN DIRI | Colgate, Kotex, Dettol |
| UBAT-UBATAN | Prospan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam |
| BARANGAN PERSEKOLAHAN | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih |
| PRODUK KEBERSIHAN RUMAH | Breeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso |
SENARAI KEDAI RAKAN NIAGA MYKASIH
Penerima bantuan dibenarkan membeli barangan di kedai atau pasar raya rakan niaga MyKasih yang terdekat, seperti contoh yang disenaraikan di bawah:
- Pasar Raya Besar / Nasional:
- Mydin
- Econsave
- Lotus’s
- Giant
- AEON Big
- The Store
- 99 Speedmart
- TF Value Mart
- Billion
- Pasar Mini / Runcit / Lain-lain:
- KK Super Mart
- BS Freshmart
- Pasaraya Fresh Grocer
- Sakan
- U Sentral Market
- Pasaraya Top Ten
- Hi Way Mart
- Super Seven
NOTA TAMBAHAN: Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH?
Untuk mengetahui kelayakan atau status bantuan MyKasih, penerima boleh membuat semakan online menerusi dua laman rasmi yang telah disediakan. Berikut ialah langkah-langkah lengkapnya:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan Barangan Dapur MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]