SEMAKAN UPU ONLINE 2025 (SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN)
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan bahawa semakan permohonan bagi kemasukan ke IPTA bagi sesi 2025/2026 lepasan SPM telah dibuka secara rasmi bermula pada 16 Jun 2025 (Isnin) 12:00 tengah hari. Dan bagi lepasan STPM dan setaraf semakan boleh dibuat bermula 5 September 2025 (Jumaat) pada pukul 12:00 tengah hari.
Semak maklumat lanjut bagi langkah semakan permohonan dan permohonan rayuan UPU.
BACA JUGA: BANTUAN LAPTOP APPLE PERCUMA PELAJAR IPT SARAWAK
BILA TARIKH SEMAKAN UPU 2025?
Tarikh semakan bagi keputusan permohonan UPU 2025 untuk SPM dan STPM adalah pada tarikh yang berbeza. Keputusan boleh disemak mengikut tarikh yang telah ditetapkan:
| LEPASAN PENGAJIAN | TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN |
|---|---|
| SPM | 16 Jun 2025 (Isnin) 12:00 tengah hari hingga 25 Jun 2025 (Rabu) 5:00 petang |
| STPM | 5 September 2025 (Jumaat) 12:00 tengah hari hingga 14 September (Ahad) 5:00 petang |

BAGAIMANA CARA SEMAKAN UPU?
Untuk membuat semakan UPU, pemohon boleh membuat semakan melalui dua kaedah sama ada melalui online atau aplikasi telefon pintar. Semak panduan semakan:

1. SEMAKAN KEPUTUSAN MELALUI UPUONLINE
- Layari Portal Rasmi IPTA;
- UTM – https://jpt.utm.my
- UUM – http://jpt.uum.edu.my
- UNIMAS – https://jpt.unimas.my
- UMS – http://jpt.ums.edu.my
- UMT – http://jpt.umt.edu.my
- Klik pada bahagian [Permohonan Kemasukan]
- Masukkan no Kad Pengenalan
- Tekan [Semak/Cari]
- Keputusan permohonan akan dipaparkan
- Sahkan akaun setuju terima tawaran jika berjaya.
- Selesai.
NOTA: Untuk lepasan SPM pengesahan persetujuan boleh dibuat mulai (17 – 25 Jun 2025) manakala untuk lepasan STPM / Setaraf boleh dibuat mulai (6 – 14 September 2025) melalui laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (MARA BPT).
2. SEMAKAN KEPUTUSAN MELALUI APLIKASI UPU POCKET
Semakan juga boleh dibuat dengan telefon pintar melalui aplikasi UPU POCKET. Aplikasi ini berfungsi sebagai perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam. Ini merangkumi:
- Untuk semakan senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
- Menyemak syarat khas berdasarkan program.
- Mendapat informasi terkini tentang UPU.
- Makluman awal tarikh-tarikh penting.
Muat turun aplikasi UPUPOCKET:
PERMOHONAN RAYUAN UPU 2025
Bagi pemohon yang tidak berjaya atau ditawarkan pengajian di peringkat sijil sahaja dibenarkan membuat permohonan rayuan bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik. Rayuan boleh dibuat melalui laman rasmi dalam tempoh 10 hari bermula 16 Jun 2025 semasa tarikh semakan sehingga 25 Jun 2025 jam 5.00 petang.
Dan untuk lepasan STPM / Setaraf permohonan rayuan boleh dibuat bermula 5 September hingga 14 September 2025 jam 5:00 petang.
- Laman Rasmi: https://upu.mohe.gov.my
NOTA: Permohonan bagi rayuan kemasukan hanya akan dibuat sekiranya terdapat kekosongan tempat dalam program pengajian yang ditawarkan selepas proses pendaftaran pelajar baharu selesai.

RUJUKAN
Panduan bagi Semakan UPU ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai kemasukan pelajar baru. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
- No. Tel : 03 – 8684 2363
- Email : [email protected]