BANTUAN PELAJAR IPT SARAWAK : SUMBANGAN LAPTOP APPLE PERCUMA 2025
Bantuan Laptop Percuma Sarawak merupakan inisiatif kerajaan negeri yang bertujuan untuk membekalkan peranti komputer riba (laptop) kepada pelajar dan belia daripada keluarga berpendapatan rendah bagi menyokong pembelajaran secara digital dan melahirkan generasi celik teknologi. Sebanyak RM3,000 subsidi diberikan oleh kerajaan negeri Sarawak kepada pelajar untuk ditebus di cawangan Switch seluruh negeri Sarawak.
Sudahkah anda membuat tebusan laptop anda? Semak sekarang untuk bantuan pelajar IPT Sarawak.
Baca Juga: Semak Status Sumbangan Keperluan Asas Rakyat Sarawak 2025
BANTUAN PELAJAR IPT SARAWAK
Bantuan Khas Pelajar IPT Sarawak adalah bantuan berbentuk subsidi berjumlah RM3,000 bertujuan membantu pelajar mandapatkan alat bantu belajar (laptop) untuk pelajar yang sedang menuntut di IPT. Inisiatif ini diberikan kepada pelajar IPTA dan IPTS yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PELAJAR
Bagi memastikan bantuan ini dapat diterima oleh golongan yang benar-benar memerlukan, beberapa kriteria telah ditetapkan:
- Warganegara Malaysia dan anak jati Sarawak.
- Pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 dan kebawah.
- Pelajar sepenuh masa tahun pertama di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA atau IPTS di seluruh Malaysia
CARA TEBUS LAPTOP
Untuk dapatkan laptop, pelajar yang telah disahkan layak boleh membuat tebusan secara percuma di mana-mana cawangan Switch yang didaftarkan di seluruh Sarawak.
Penebusan boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi Sarawak Pay dengan mengikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi Sarawak Pay pada telefon.
- Pergi ke cawangan Switch.
- Ikuti arahan untuk melengkapkan proses penebusan.
- Terima laptop.

KESIMPULAN BANTUAN PELAJAR SARAWAK
Program Bantuan Laptop Percuma Sarawak 2025 yang menawarkan subsidi sehingga RM3,000 merupakan inisiatif kerajaan negeri yang sangat berharga untuk membantu pelajar IPT memiliki peranti pembelajaran berkualiti tinggi seperti MacBook. Dengan hanya perlu memenuhi syarat asas seperti asal-usul Sarawak, pendaftaran tahun pertama dan pendapatan isi rumah rendah, pelajar boleh menebus laptop secara percuma di cawangan terpilih seperti Switch dan SNS Network. Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban kewangan ibu bapa, malah menyokong transformasi digital pendidikan tinggi di Sarawak.
Dapatkan laptop Apple percuma anda hari ini dan nikmati pembelajaran digital dengan lebih selesa!
RUJUKAN
Maklumat dalam artikel ini ditulis untuk memudahkah carian dan panduan pengguna berdasarkan sumber rasmi yang tersedia pada tarikh artikel ini diterbitkan. Sebarang persoalan dan pertanyaan boleh berhubung terus melalui:
- My Yayasan Sarawak: https://myys.yayasansarawak.org.my/
- Belanjawan Sarawak: https://premierdept.sarawak.gov.my/web/home/index/
- Alamat Pejabat: Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
- No Tel: 6082-441686
- Email: [email protected]