SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN DALAM MYKAD

SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN DALAM MYKAD

PENGENALAN

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan terus komited membantu golongan berpendapatan rendah melalui pelbagai inisiatif kebajikan. Salah satu program tumpuan ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, yang menyasarkan bantuan barangan keperluan asas kepada penerima STR dan mereka yang tersenarai dalam eKasih. Bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima.

Bagaimana nak cek status anda layak atau tidak untuk bantuan Sumbangan Asas Rahmah MyKasih? Ikuti info lengkap yang kami telah sediakan.

BACA JUGA: SEMAK KELAYAKAN BANTUAN BARANG DAPUR

KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

Untuk layak menerima bantuan SARA MyKasih 2025, pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  2. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 atau tergolong dalam kategori miskin/miskin tegar dalam pangkalan data eKasih.
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori berikut:
    • Isi Rumah.
    • Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Bujang.

JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah jumlah bantuan SARA MyKasih mengikut kategori penerima STR dan status eKasih:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ASAS BUKAN MISKIN (STR SAHAJA)Isi Rumah: RM900
RM100 (April-Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan: RM450
RM50 (April-Disember)
Bujang: Tidak Layak
MISKIN & MISKIN TEGAR (EKASIH)Isi Rumah: RM2100
RM100 (Januari-Mac)
RM200 (April-Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan: RM1650
RM100 (Januari-Mac)
RM150 (April-Disember)
Bujang: RM600
RM50 sepanjang tahun

SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

Penerima boleh menyemak status kelayakan dan baki bantuan SARA MyKasih melalui langkah-langkah berikut:

SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH

  1. Layari portal rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my/.
  2. Klik pada menu “Semak Status”.
  3. Masukkan nombor MyKad anda tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang “Semak Status”.
  5. Status kelayakan akan dipaparkan sama ada “Layak” atau “No. MyKad tidak wujud dalam sistem”.

SEMAKAN MELALUI PORTAL STR

  1. Layari portal rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad & kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada bahagian “Semakan Status” untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai bantuan anda.
  4. Selesai.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, bantuan MyKasih di bawah Belanjawan 2025 merupakan langkah strategik kerajaan dalam meringankan kos sara hidup rakyat. Dengan bantuan yang disalurkan terus ke dalam MyKad, penerima dapat membeli barangan keperluan asas dengan lebih senang dan teratur. Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan dan membuat semakan status secara berkala untuk tidak terlepas daripada menerima bantuan ini.

RUJUKAN

Leave a Comment