RAYUAN UPU ONLINE 2025 : SEMAK TARIKH & PANDUAN PERMOHONAN

RAYUAN UPU ONLINE 2025 : SEMAK TARIKH & PANDUAN PERMOHONAN

Keputusan bagi permohonan ke Universiti Awam (UA) melalui UPU sesi 2025/2026 telah diumumkan bermula 16 Jun 2025 untuk lepasan SPM dan 5 September 2025 bagi lepasan STPM/Setaraf ke peringkat Sarjan Muda. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya.

Bagi calon yang tidak berjaya mendapata tawarkan, rayuan masih dibuka sebagai peluang kedua untuk kemasukan ke (UA) Universiti Awam. Semak panduan lengkap di bawah untuk rayuan UPU online bagi tahun 2025.

RAYUAN UPU ONLINE 2025

BACA JUGA: SEMAKAN UPU ONLINE 2025 (SEMAK KEPUTUSAN)

SYARAT KELAYAKAN RAYUAN UPU

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu diambil kira sebelum calon membuat rayuan permohonan. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Rayuan hanya dibuka kepada pemohon yang tidak mendapat sebarang tawaran. Anda tidak layak membuat rayuan jika pernah menerima tawaran & menolaknya.
  • Pemohon lepasan SPM atau STPM/setaraf yang tidak ditawarkan ke UA/Politeknik selepas keputusan rasmi diumumkan.
  • Pemohon yang hanya mendapat tawaran program peringkat sijil & ingin mencuba nasib untuk program lebih tinggi.

TARIKH RAYUAN UPU 2025

Tarikh rayuan bagi permohonan semula UPU 2025 dibuka hanya selama 10 hari sahaja. Calon mesti segera membuat rayuan agar tidak terlepas peluang ini. Rayuan boleh dibuat bermula 16 JUN 2025 (ISNIN) pada jam 12.00 tengah hari sehingga 25 JUN 2025 (RABU) jam 5.00 petang untuk lepasan SPM dan 05 Semptmber 2025 (Jumaat) pada jam 12.00 tengah hari sehingga 14 September 2025 (Isnin) jam 5.00 petang untuk lepasan STPM/Setaraf. Keputusan akan diumumkan mengikut butiran berikut:

KATEGORI PEMOHONTARIKH KEPUTUSAN
PELAJAR LEPASAN SPMPADA MINGGU PERTAMA OGOS
PELAJAR LEPASAN STPM/SETARAFPADA MINGGU KEDUA OKTOBER

Nota Tambahan: Tarikh rayuan dan tarikh keputusan semakan adalah tertakluk kepada perubahan Pihak UPU. Semua calon dinasihatkan untuk merujuk portal rasmi UPU untuk info terkini.

PANDUAN MEMILIH PROGRAM UPU

Untuk memilih program di UPU beberapa panduan boleh diikuti agar calon tidak keliru dalam membuat pemilihan program untuk melanjutkan pengajian. Antaranya adalah:

  1. Keputusan peperiksaan melepasi syarat am & syarat khas program institusi atau agensi.
  2. Pilih program yang anda minat.
  3. Pilihan program dibuat mengikut keutamaan.
  4. Rujuk nasihat kaunselor.

PERMOHONAN RAYUAN UPU ONLINE 2025

Berikut adalah panduan lengkap bagi membuat permohonan rayuan UPU secara online 2025 bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) sesi 2025/2026:

LANGKAH PERMOHONAN RAYUAN UPU ONLINE

  1. Layari portal rasmi UPU:

    https://www.upuonline.com/rayuan-upu.jsp

  2. Log Masuk akaun anda menggunakan ID (No. Kad Pengenalan) & kata laluan yang didaftarkan semasa permohonan asal.

  3. Setelah log masuk, cari & klik menu “Permohonan Rayuan” yang akan diaktifkan hanya untuk calon yang layak.

  4. Pilih program pengajian yang masih mempunyai kekosongan & sesuai dengan kelayakan anda.

    Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap & tepat.

  5. Semak semula maklumat sebelum klik “Sah & Hantar”.

    Kegagalan untuk klik sah & hantar menyebabkan permohonan tidak diproses.

  6. Setelah selesai, cetak slip permohonan rayuan sebagai bukti permohonan telah dibuat

SEMAKAN RAYUAN UPU

Para pemohon boleh membuat semakan rayuan UPU mengikut langkah-langkah seperti di bawah apabila keputusan rayuan telah secara rasmi diumumkan:

  1. Layari portal rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my
  2. Klik pada pautan “Semakan Keputusan Rayuan”.
    (Biasanya dipaparkan selepas keputusan rayuan diumumkan)
  3. Masukkan nombor kad pengenalan.
  4. Klik “Semak” atau “Hantar”.
  5. Keputusan rayuan akan dipaparkan sama ada:
    • Berjaya: Anda akan dimaklumkan institusi & program. Teruskan ke langkah daftar.
    • Tidak berjaya: Tiada tawaran & keputusan adalah muktamad.

RUJUKAN

Panduan bagi RAYUAN UPU ONLINE 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment