CHECK BANTUAN RM100 SARA DALAM MYKAD – 2025
Program SARA MyKasih ialah bantuan kerajaan yang disalurkan dalam bentuk tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad penerima untuk membeli barang keperluan asas. Inisiatif ini memberi manfaat besar kepada golongan berpendapatan rendah dengan tujuan meringankan beban kos sara hidup harian. Baru-baru ini, kerajaan turut mengumumkan Bantuan Tambahan SARA One-Off RM100 yang diberikan secara khas kepada penerima layak tanpa perlu membuat sebarang permohonan. Bantuan tambahan ini dijangka memanfaatkan 22 juta rakyat Malaysia kerana ia dikreditkan terus ke dalam MyKad, sekali gus memberi kemudahan untuk perbelanjaan segera.
Seiring dengan pengumuman itu, orang ramai kini tertumpu kepada cara semak duit SARA RM100 dalam MyKad untuk mengetahui baki kredit serta status kelayakan mereka sebelum membuat sebarang transaksi. Artikel ini akan membantu anda faham cara semakan serta maklumat berkaitan bantuan.
BACA JUGA: SEMAK KELAYAKAN SARA ONE OFF DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM100 SARA?
Syarat kelayakan Bantuan RM100 SARA MyKasih mestilah dipenuhi bagi memastikan hanya penerima yang benar-benar layak sahaja akan terpilih. Bantuan ini melibatkan kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Perinciannya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
Makluman: Untuk bantuan tambahan RM100 SARA One-off akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima tanpa perlu sebarang permohonan, menjadikannya lebih mudah dan pantas untuk diakses. Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas secara automatik layak menerima bantuan ini.
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN SARA YANG DISALURKAN?
Jumlah bantuan SARA yang disalurkan mempunyai jumlah yang berbeza. Bagi golongan B40, jumlah bantuan adalah antara RM600 hingga RM2100, manakala bagi M40 pula antara RM450 hingga RM900. Semua bayaran ini akan dikreditkan terus ke MyKad penerima. Jadual berikut menunjukkan pecahan bantuan mengikut kategori:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN RM100 SARA ONE-OFF
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
- Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di lebih 4600 kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Semakan status bantuan tambahan SARA boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus atau melalui laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100 SARA?
Tarikh bayaran Bantuan RM100 SARA ditetapkan pada awal bulan, mengikut kategori penerima layak sama ada B40 atau M40. Butirannya adalah seperti berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
Nota Tambahan: Mulai 31 Ogos 2025, penerima SARA One-Off yang layak boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan asas sehingga bantuan ini tamat pada 31 Disember 2025.

BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN RM100 SARA DALAM MYKAD?
Cara guna bantuan RM100 SARA untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan RM100 SARA boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BAGAIMANA NAK CHECK BANTUAN RM100 SARA?
Nak check status kelayakan Bantuan RM100 SARA kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:
CHECK BANTUAN RM100 SARA MELALUI PORTAL STR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

CHECK BANTUAN RM100 SARA MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

RUJUKAN
Panduan bagi Check Bantuan RM100 SARA ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]