SARA ONE OFF SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025
Bantuan SARA One Off 2025 merupakan inisiatif khas kerajaan yang diumumkan bagi memastikan rakyat menerima sokongan tambahan dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan ini disalurkan secara sekali bayar (one off) dan diagihkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak secara tanpa tunai. Difahamkan, seramai 22 juta penerima layak menerima bantuan ini. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringankan perbelanjaan harian, khususnya barangan keperluan asas yang menjadi keutamaan rakyat. Pelaksanaan bantuan tambahan ini melengkapi program SARA MyKasih yang telah berjalan sebelum ini.
Dengan adanya semakan SARA One Off secara online, penerima boleh mengetahui status kelayakan mereka dengan mudah. Teruskan membaca artikel ini untuk maklumat lengkap.
BACA JUGA: CHECK STATUS TERKINI BANTUAN TAMBAHAN RM100 SARA
APA SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF?
Individu dewasa di Malaysia layak untuk bantuan SARA secara one off. Tiada permohonan diperlukan. Syarat utama adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun dan ke atas
BILA TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF?
Penerima bantuan SARA One Off RM100 layak menikmati kemudahan pembelian barangan asas di lebih 4600 kedai dan pasar raya terpilih dengan MyKad mulai 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.

BERAPA JUMLAH SARA ONE OFF YANG DIKREDITKAN?
- Bantuan SARA One Off RM100 akan disalurkan kepada semua individu yang berumur 18 tahun ke atas, tidak kira kategori mereka – termasuk bujang, warga emas atau penerima isi rumah.
- Mereka yang berada di bawah tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak IPT (RM100).

BAGAIMANA CARA GUNA SARA ONE OFF?
Untuk membuat pembelian menggunakan SARA One Off, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan RM100 boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BAGAIMANA NAK BUAT SARA ONE OFF SEMAKAN?
Untuk mengetahui status bayaran SARA One Off, penerima boleh membuat semakan bermula 21 Ogos 2025 secara online melalui aplikasi MyKasih https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi talian hotline MyKasih di 03-7720 1800. Berikut adalah langkah-langkah semakan SARA One Off:
- MUAT TURUN APLIKASI
- Cari & pasang “MyKasih” di:
- Google Play Store (Android)
- Apple App Store (iPhone)
- Cari & pasang “MyKasih” di:
- LOG MASUK / DAFTAR
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
- SEMAK BAKI
- Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
- Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
- Anda juga boleh semak:
- Tarikh bantuan dikreditkan
- Senarai barangan yang dibenarkan
- Tempoh sah penggunaan
- CIRI TAMBAHAN
- Cari kedai berhampiran yang terima SARA.
- Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
- Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
- NOTA PENTING
- Jika gagal log masuk aplikasi:
- Guna pautan web semakan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Pastikan MyKad anda masih sah & aktif.
- Baki tidak digunakan akan luput mengikut tarikh akhir program (rujuk aplikasi/web rasmi).

RUJUKAN
Panduan bagi SARA ONE OFF SEMAKAN ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]