[TERKINI] SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF RM100 – 2025

[TERKINI] SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF RM100 – 2025

Bantuan SARA One Off RM100 merupakan inisiatif khas kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang layak. Bantuan ini diberikan secara sekali bayaran (one off) kepada penerima yang layak. Melalui bantuan tambahan ini, 22 juta rakyat Malaysia bakal mendapat manfaat, selari dengan usaha kerajaan meningkatkan daya tahan kewangan isi rumah. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk memastikan rakyat berpendapatan rendah dapat menampung perbelanjaan harian dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Pemberian ini juga melengkapi bantuan sedia ada di bawah program SARA MyKasih yang telah dilaksanakan sejak awal tahun. Usaha ini bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan kewangan, tetapi juga menyokong kesejahteraan keluarga serta meningkatkan kualiti hidup rakyat. Proses semak status kelayakan bantuan SARA One Off RM100 boleh dibuat dengan hanya menggunakan nombor MyKad.

Penerima yang layak dapat semak status kelayakan bantuan SARA One Off RM100 secara online. Artikel ini sediakan panduan lengkap untuk anda.

BACA JUGA: CHECK TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE OFF

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF?

Bantuan SARA One Off RM100 ini terbuka kepada semua individu dewasa. Tiada permohonan diperlukan. Semak syarat kelayakan utama SARA One Off RM100 yang perlu dipenuhi iaitu:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF

BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF?

  • Semua individu berumur 18 tahun ke atas layak menerima bantuan tambahan RM100 dalam MyKad masing-masing, tanpa mengira kategori – termasuk isi rumah, warga emas, dan bujang.
  • Bagi ahli isi rumah yang berumur 18 tahun ke atas, mereka juga tetap layak menerima RM100 seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), Isteri (RM100), dan anak yang sedang menuntut di IPT (RM100).
BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF

BILAKAH TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF RM100?

Bantuan tambahan SARA one off RM100 akan mula dibayar kepada penerima bermula 31 Ogos 2025. Berikut adalah perinciannya:

  • Pembelian barangan asas di lebih 4600 kedai dan pasar raya terpilih melalui MyKad bagi penerima layak akan bermula pada 31 Ogos 2025 dan berakhir pada 31 Disember 2025.
SEMAK TARIKH SARA ONE OFF RM100 DIBAYAR BILA

SEMAK SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA SARA ONE OFF

Program SARA MyKasih merangkumi 14 kategori barangan asas yang boleh dibeli di lebih 4600 kedai dan pasar raya terpilih oleh penerima bantuan. Info lanjut adalah seperti di bawah:

  • 14 kategori barangan asas SARA MyKasih adalah:
    • Beras, roti, telur, tepung & biskut.
    • Minyak masak, makanan dalam tin & bahan perasa.
    • Minuman & mi segera.
    • Ubat-ubatan & keperluan sekolah.
    • Produk kebersihan diri & rumah.
  • Antara kedai popular yang aktif sebagai rakan MyKasih:
    • Mydin
    • Lotus’s
    • Econsave
    • Giant
    • Billion
    • The Store
    • Aeon Big
    • TF Value Mart
    • 99 Speedmart
    • KK Super Mart
    • Pasaraya Fresh Grocer
    • Super Seven
  • Nota Tambahan: Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, penerima bantuan sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
KATEGORI BARANGAN YANG DILULUSKAN

BAGAIMANA CARA GUNA SARA ONE OFF RM100?

Untuk membuat pembelian menggunakan Bantuan SARA One Off RM100, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan RM100 boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA GUNA SARA ONE OFF RM100

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF RM100?

Untuk mengetahui status kelayakan SARA One Off RM100, penerima boleh semak bermula 21 Ogos 2025 secara online melalui aplikasi MyKasih https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi talian hotline MyKasih di 03-7720 1800. Berikut adalah langkah-langkah nak semak status kelayakan bantuan SARA One Off RM100:

  1. MUAT TURUN APLIKASI
  2. LOG MASUK / DAFTAR
    • Masukkan nombor MyKad anda.
    • Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
  3. SEMAK BAKI
    • Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
    • Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
    • Anda juga boleh semak:
      • Tarikh bantuan dikreditkan
      • Senarai barangan yang dibenarkan
      • Tempoh sah penggunaan
  • CIRI TAMBAHAN
    • Cari kedai berhampiran yang terima SARA.
    • Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
    • Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
  • NOTA PENTING
    • Jika gagal log masuk aplikasi:
    • Guna pautan web semakan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
    • Pastikan MyKad anda masih sah & aktif.
    • Baki tidak digunakan akan luput mengikut tarikh akhir program (rujuk aplikasi/web rasmi).
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF RM100

RUJUKAN

Panduan bagi Semak Status Kelayakan Bantuan SARA One Off RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment