STR ONLINE LOGIN – (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS
Inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini merupakan antara bantuan utama yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, khusus untuk meringankan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah. Setiap fasa bayaran diagihkan mengikut kategori dan jumlah kelayakan tertentu. Untuk memudahkan rakyat membuat semakan status bayaran, pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan login STR secara online. Melalui portal rasmi ini, penerima boleh menyemak butiran lengkap pembayaran STR Fasa 3 tahun 2025 dengan mudah dan cepat.
Bagaimanakah cara login STR semakan online? Ikuti segala info lengkap yang telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: CHECK JADUAL BAYARAN STR 2025
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Hanya penerima yang memenuhi syarat tertentu sahaja layak menerima bantuan ini. Berikut adalah antara syarat mengikut kategori pemohon:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Bantuan STR dibayar secara berperingkat. Tahun 2025 menyaksikan 4 fasa bayaran dan kini tumpuan diberikan kepada pengumuman Fasa 3. Berikut ialah jadual lengkap bagi setiap fasa dan tarikh bantuan:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh bayaran akan dikemas kini sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan. Untuk rayuan bagi Fasa 3, semakan status boleh dibuat bermula 21 Ogos 2025.
JUMLAH BAYARAN STR 2025
Jumlah bantuan yang diterima bergantung kepada kategori kelayakan penerima. Berikut adalah jadual menunjukkan kategori penerima dan jumlah bantuan yang ditetapkan:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM1000 |
| 1-2 ANAK | RM1500 |
| 3-4 ANAK | RM2000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM2500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM500 |
| 1-2 ANAK | RM750 |
| 3-4 ANAK | RM1000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM1250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| <RM5000 | RM600 |
- BUJANG
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| <RM2500 | RM600 |
CARA BAYARAN BANTUAN STR
Untuk memudahkan penerima dan melancarkan proses pembayaran, Bantuan STR disalurkan menerusi dua cara berbeza bergantung kepada jenis penerima. Rujuk butiran di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SEMAKAN STR ONLINE LOGIN
Penerima bantuan boleh membuat semakan STR dengan cara login online platform rasmi yang telah disediakan. Di bawah ini adalah langkah terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi kerajaan yang berkaitan:

SEMAKAN ONLINE LOGIN PORTAL MYSTR
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi STR Online Login ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]