LOGIN STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS TERKINI BANTUAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2025 bakal diteruskan sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah. Dengan kenaikan kos sara hidup, bantuan ini sangat penting terutama untuk isi rumah B40, warga emas dan bujang. Semakan status boleh dilakukan dengan mudah secara atas talian sahaja bagi memudahkan penerima menyemak bantuan.
Bagaimanakah cara nak login STR untuk semakan fasa 3? Ikuti panduan lengkap yang telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: SEMAK JADUAL BAYARAN STR FASA 3
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Ada beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syarat mengikut kategori pemohon bantuan ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang berumur 21 tahun & ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun & ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Penerima bantuan akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | Pendapatan Bulanan Bawah RM2500: 5 Anak Ke Atas: RM2500 3-4 Anak: RM2000 2-1 Anak: RM1500 Tiada Anak: RM1000 Pendapatan Bulanan RM2501-RM5000: 5 Anak Ke Atas: RM1250 3-4 Anak: RM1000 2-1 Anak: RM750 Tiada Anak: RM500 |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | Pendapatan Bulanan Bawah RM5000: RM600 |
| BUJANG (BERUMUR 21-59 TAHUN) (OKU 19 TAHUN KE ATAS) | Pendapatan Bulanan Bawah RM2500: RM600 |
CARA BAYARAN BANTUAN STR
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan melalui 2 cara yang fleksibel bagi memudahkan proses pembayaran bergantung kepada jenis penerima seperti butiran berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
TARIKH STR FASA 3
Bantuan STR disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Penerima bantuan pasti sedang menanti pengumuman rasmi kerajaan bagi tarikh bantuan Fasa 3. Berikut adalah jadual tentang fasa bayaran & tarikh bantuan:
| FASA BAYARAN | TARKH BANTUAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
*Tarikh akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi dari pihak kerajaan. Untuk rayuan bagi fasa 3, semakan status boleh dibuat bermula 21 Ogos 2025.
CARA LOGIN STR FASA 3
Semakan bagi status bantuan STR Fasa 3 boleh dibuat melalui atas talian sahaja. Berikut disertakan panduan lebih terperinci kepada penerima bantuan untuk login portal rasmi bagi menyemak status STR fasa 3:

LOGIN STR FASA 3
- Buka laman rasmi STR.
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
-Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Login STR Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]