STR SEMAKAN FASA 3 2025 : SEMAK STATUS BAYARAN TUNAI (RM650 & RM300 & RM150)

STR SEMAKAN FASA 3 2025 : SEMAK STATUS BAYARAN TUNAI (RM650 & RM300 & RM150)

Fasa 3 STR merupakan kesinambungan bantuan tunai di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diumumkan oleh kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Mengikut Belanjawan 2025, bantuan ini disalurkan kepada golongan B40 dan M40 yang layak, termasuk isi rumah, warga emas, dan bujang. Berdasarkan pengumuman terkini, pembayaran STR Fasa 3 telah diumumkan dengan peruntukan besar bagi memastikan tiada golongan berpendapatan rendah yang tercicir. Sejumlah 8.6 juta penerima akan mendapat manfaat, iaitu peningkatan berbanding fasa sebelumnya. Bantuan ini bertujuan membantu penerima menguruskan perbelanjaan harian, terutamanya dalam situasi ekonomi yang mencabar. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen kerajaan untuk terus menjaga kebajikan rakyat di seluruh negara.

Semakan status bayaran STR Fasa 3 boleh dibuat secara dalam talian. Ikuti artikel ini untuk kupasan penuh info terkini bantuan STR.

BACA JUGA: CHECK STATUS STR FASA 3 2025 SECARA ONLINE

SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Beberapa syarat telah ditetapkan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak menerima bantuan STR Fasa 3 2025. Syarat-syarat tersebut termasuk:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Penting: Individu bujang yang masih dalam pengajian IPTA/IPTS tidak layak memohon sebagai pemohon bujang. Sebaliknya, mereka perlu dimasukkan dalam maklumat tanggungan permohonan isi rumah.

CARA BAYARAN STR FASA 3

Untuk memudahkan penerima, bantuan STR Fasa 3 disalurkan menerusi dua cara berbeza bergantung kepada jenis penerima. Rujuk butiran di bawah:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Pembayaran bantuan STR diagihkan mengikut 4 fasa. Kementerian Kewangan telah membuat pengumuman rasmi tarikh bayaran bagi Fasa 3. Jadual berikut menunjukkan pecahan setiap fasa dan tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4NOVEMBER

JUMLAH BANTUAN STR FASA 3

Penerima bantuan STR Fasa 3 yang layak akan menerima bayaran yang berbeza. Ia ditentukan berdasarkan kategori penerima. Berikut disenaraikan jumlah bantuan mengikut kategori yang telah ditetapkan:

KATEGORI PENERIMAPENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAH B40<RM2500RM150-RM650
ISI RUMAH M40RM2501-RM5000RM150-RM300
WARGA EMAS TIADA PASANGAN<RM5000RM150
BUJANG<RM2500RM150
JUMLAH BANTUAN STR FASA 3

STR SEMAKAN FASA 3 2025

Semakan status bayaran STR Fasa 3 kini boleh dilakukan secara atas talian. Jom lihat langkah mudah untuk buat semakan melalui portal rasmi MySTR:

LOGIN STR SEMAKAN FASA 3 2025
  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Tekan pada butang [Log Masuk].
    • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
    • Tekan [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  7. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  8. Klik pada butang [Semakan 2025].
    • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  9. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
STR SEMAKAN FASA 3 2025

RUJUKAN

Panduan bagi STR Semakan Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment