SEMAKAN STR FASA 3 ONLINE : (2025) SEMAK STATUS BAYARAN PENERIMA

SEMAKAN STR FASA 3 ONLINE : (2025) SEMAK STATUS BAYARAN PENERIMA

Kerajaan telah mengumumkan bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat. Bantuan ini memfokuskan kepada golongan B40 dan M40 yang layak, melibatkan 8.6 juta penerima di seluruh negara. Melalui inisiatif ini, kerajaan berhasrat memastikan bantuan tunai dapat terus disalurkan tepat pada masanya, selaras dengan komitmen menjaga kebajikan rakyat. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan ia dapat digunakan untuk menampung keperluan harian, pendidikan, serta perbelanjaan keluarga. Usaha ini juga membuktikan kesungguhan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat melalui bantuan kewangan yang bersasar dan berkesan.

Semakan bagi STR Fasa 3 secara online melalui portal rasmi membolehkan penerima mengetahui status kelayakan dan tarikh pembayaran dengan lebih pantas. Ikuti artikel ini untuk panduan info yang lebih lengkap.

BACA JUGA: CHECK TARIKH TERKINI BAYARAN STR FASA 3 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang yang masih menuntut secara sepenuh masa di IPTA/IPTS, hanya layak dimasukkan sebagai anak atau tanggungan dalam permohonan isi rumah. Mereka tidak dibenarkan membuat permohonan secara individu sebagai kategori bujang.

JUMLAH BANTUAN STR 2025

Penerima bantuan STR akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM1000
1-2 ANAKRM1500
3-4 ANAKRM2000
5 ANAK KE ATASRM2500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM500
1-2 ANAKRM750
3-4 ANAKRM1000
5 ANAK KE ATASRM1250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
<RM5000RM600
  • BUJANG
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
<RM2500RM600

CARA BAYARAN BANTUAN STR

Pembayaran Bantuan STR dilaksanakan melalui dua kaedah utama, disesuaikan mengikut jenis penerima seperti berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

STR dibayar secara berperingkat dalam 4 fasa. Tarikh bayaran bagi Fasa 3 baru sahaja diumumkan. Jadual di bawah menunjukkan fasa bantuan dan tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4NOVEMBER

SEMAKAN STR FASA 3 ONLINE

Semakan bagi status bayaran STR Fasa 3 boleh dibuat secara online. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

LOGIN SEMAKAN STR FASA 3 ONLINE

SEMAKAN ONLINE MELALUI PORTAL STR

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my

  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

    Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

    Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  7. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  8. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  9. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  10. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan STR Fasa 3 Online ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment