TARIKH BAYARAN SARA RM100 : (2025) SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD
Bantuan tambahan SARA Untuk Semua merupakan inisiatif bantuan tunai sekali bayar (one-off) yang diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia dewasa. Bantuan ini diumumkan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya sebagai langkah meringankan beban kewangan rakyat di tengah kenaikan kos sara hidup. Melalui program ini, penerima akan menerima RM100 yang dimasukkan terus ke dalam MyKad masing-masing dan boleh digunakan di lebin 4600 kedai rakan niaga terpilih. Inisiatif ini tidak terhad kepada golongan B40 atau M40 sahaja, sebaliknya merangkumi semua warganegara yang layak, sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk memberi sokongan segera bagi pembelian barangan keperluan harian. Dengan adanya tarikh bayaran yang telah ditetapkan, rakyat boleh membuat perancangan awal dalam menguruskan perbelanjaan.
Bilakah tarikh bayaran SARA RM100 ini? Ikuti info lanjut yang telah disediakan dalam artikel di bawah.
BACA JUGA: CHECK STATUS BAYARAN SARA ONE-OFF DALAM MYKAD
SYARAT KELAYAKAN SARA RM100
Setiap individu dewasa berhak menerima bantuan SARA RM100 ini, tertakluk kepada beberapa syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN SARA
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia tanpa mengira kategori.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Semakan status bantuan tambahan SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
CARA GUNA SARA RM100
Langkah-langkah berikut disediakan untuk membantu penerima menggunakan bantuan SARA RM100 yang telah dimasukkan ke dalam MyKad secara tanpa tunai:

- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
SARA RM100 SEMAKAN
Penerima yang layak boleh membuat semakan status bantuan SARA RM100 melalui portal rasmi dan aplikasi MyKasih. Berikut disertakan panduan untuk membuat semakan secara atas talian:

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI MYKASIH
- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
SEMAKAN MELALUI APLIKASI MYKASIH
- MUAT TURUN APLIKASI
- Cari & pasang “MyKasih” di:
- Google Play Store (Android)
- Apple App Store (iPhone)
- Cari & pasang “MyKasih” di:
- LOG MASUK / DAFTAR
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
- SEMAK BAKI
- Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
- Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
- Anda juga boleh semak:
- Tarikh bantuan dikreditkan
- Senarai barangan yang dibenarkan
- Tempoh sah penggunaan
- CIRI TAMBAHAN
- Cari kedai berhampiran yang terima SARA.
- Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
- Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
- NOTA PENTING: Jika gagal log masuk aplikasi:
- Guna pautan web semakan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Pastikan MyKad anda masih sah & aktif.
- Baki tidak digunakan akan luput mengikut tarikh akhir program (rujuk aplikasi/web rasmi).
TARIKH BAYARAN SARA RM100
Bantuan tambahan SARA RM100 akan mula dibayar kepada penerima mengikut butiran berikut:

- Mulai 31 Ogos 2025, penerima yang layak boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan asas sehingga bantuan ini tamat pada 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Panduan bagi Tarikh Bayaran SARA RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan: https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/penghargaan-untuk-rakyat