SARA ONE OFF 100 2025 : SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD
Program SARA One Off 100 tahun 2025 merupakan inisiatif khas kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat melalui pengkreditan bantuan secara terus ke dalam MyKad. Bantuan ini melibatkan pemberian tunai sekali bayar (one-off) berjumlah RM100 kepada semua rakyat Malaysia dewasa yang layak. Dalam ucapan rasmi Perdana Menteri, beliau menegaskan bahawa pemberian ini adalah salah satu langkah pantas kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat manfaat segera dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup. Dana tersebut boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan harian di kedai atau pasar raya rakan niaga MyKasih. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang tercicir daripada bantuan.
Melalui sistem semakan secara atas talian status bayaran dalam MyKad, penerima dapat mengenal pasti kelayakan dan tarikh penggunaan bantuan dengan mudah. Ikuti kupasan lanjut tentang SARA One Off 100 yang telah disediakan dalam artikel ini.
BACA JUGA: CARA SEMAK BAKI SARA ONE OFF DALAM IC
SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF 100
Individu dewasa di Malaysia layak untuk bantuan SARA 100 secara one off. Syarat utama adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun dan ke atas
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF
Pembayaran bantuan SARA 100 secara one off dijadualkan mula disalurkan berdasarkan maklumat berikut:

- Bermula 31 Ogos 2025, anda yang layak boleh mula membeli barangan asas menggunakan MyKad. Tempoh bantuan ini sah sehingga 31 Disember 2025.
JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF
- Semua individu berumur 18 tahun ke atas layak menerima bantuan tambahan RM100 dalam MyKad masing-masing, tanpa mengira kategori – termasuk isi rumah, warga emas, dan bujang.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Bagi ahli isi rumah yang berumur 18 tahun ke atas, mereka juga tetap layak menerima RM100 seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), Isteri (RM100), dan anak yang sedang menuntut di IPT (RM100).
CARA GUNA SARA ONE OFF
Penerima bantuan SARA One Off 100 boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

- Pilih Barang Keperluan
- Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
- Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
- Juruwang akan semak status MyKad penerima.
- Tukar Nombor PIN
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Guna MyKad
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
- Simpan Resit untuk Semakan
- Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
SARA ONE OFF 100 SEMAKAN
Anda boleh menyemak status bayaran bantuan SARA One Off 100 melalui aplikasi MyKasih bermula 21 Ogos 2025 dengan mengikuti panduan berikut:

- MUAT TURUN APLIKASI
- Cari & pasang “MyKasih” di:
- LOG MASUK / DAFTAR
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
- SEMAK BAKI
- Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
- Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
- Anda juga boleh semak:
- Tarikh bantuan dikreditkan
- Senarai barangan yang dibenarkan
- Tempoh sah penggunaan
- CIRI TAMBAHAN:
- Cari kedai berhampiran yang terima SARA.
- Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
- Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
- NOTA PENTING: Jika gagal log masuk aplikasi:
- Guna pautan web semakan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Pastikan MyKad anda masih sah & aktif.
- Baki tidak digunakan akan luput mengikut tarikh akhir program (rujuk aplikasi/web rasmi).
RUJUKAN
Panduan bagi SARA One Off 100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan: https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/penghargaan-untuk-rakyat