CHECK BAKI SARA ONE OFF 2025 : SEMAKAN ONLINE STATUS PENERIMA

CHECK BAKI SARA ONE OFF 2025 : SEMAKAN ONLINE STATUS PENERIMA

Kerajaan Madani telah memperkenalkan bantuan tambahan one off (sekali bayar) SARA sebanyak RM100 bagi semua penerima yang layak di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih termasuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan yang memberi tumpuan untuk meringankan kos sara hidup rakyat, khususnya golongan B40 dan M40. Bantuan ini diberikan secara automatik kepada penerima yang layak bagi membantu mengurangkan kos perbelanjaan keperluan barangan asas harian. Langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan.

Bagaimanakah cara check baki SARA one off 2025? Ikuti artikel di bawah untuk info lengkap tentang syarat kelayakan, jumlah dan tarikh bayaran bantuan dan panduan semakan status mudah secara atas talian.

BACA JUGA: SEMAK STATUS TERKINI BANTUAN TAMBAHAN SARA UNTUK SEMUA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA

Kalau nak dapatkan bantuan SARA ini, ada beberapa syarat penting yang perlu dipenuhi. Jom semak kriteria di bawah sama ada anda layak atau tidak:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA

Pembayaran bantuan SARA disusun mengikut kategori kelayakan penerima dengan tarikh yang berlainan, seperti dijelaskan di bawah:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA

SARA ONE OFF BANTUAN TAMBAHAN

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA
  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua rakyat Malaysia dewasa yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

SARA MYKASIH SEDIA ADA

Bantuan SARA disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad kepada penerima sedia ada mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual berikut untuk maklumat jumlah bantuan bagi setiap kategori:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

SEMAKAN STATUS SARA 2025

Terdapat dua platform rasmi yang boleh digunakan untuk menyemak status bantuan SARA secara atas talian. Berikut dikongsikan portal dan panduan semakan:

SEMAKAN SARA 2025 MELALUI PORTAL STR

LOGIN SEMAKAN STATUS SARA 2025
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN SARA 2025 MELALUI PORTAL MYKASIH

LOGIN SEMAKAN STATUS SARA 2025
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

CHECK BAKI SARA ONE OFF 2025

Semua penerima yang layak boleh check baki SARA one off 2025 melalui aplikasi MyKasih. Berikut disertakan pautan dan langkah-langkah lengkap untuk membuat semakan baki:

CHECK BAKI SARA ONE OFF 2025
  1. MUAT TURUN APLIKASI
  2. LOG MASUK / DAFTAR
    • Masukkan nombor MyKad anda.
    • Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
  3. SEMAK BAKI
    • Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
    • Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
      • Anda juga boleh semak:
      • Tarikh bantuan dikreditkan
      • Senarai barangan yang dibenarkan
      • Tempoh sah penggunaan
  4. CIRI TAMBAHAN
    • Cari kedai berhampiran yang terima SARA.
    • Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
    • Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.

NOTA PENTING: Jika gagal log masuk aplikasi:

RUJUKAN

Panduan bagi Check Baki SARA One Off 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment