SEMAKAN STR FASA 3 : 2025 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA ( RM2100 & RM1250 & RM600)

SEMAKAN STR FASA 3 : 2025 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA ( RM2100 & RM1250 & RM600)

Kerajaan Malaysia terus komited dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana melalui inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR). STR merupakan bantuan kewangan yang diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat, terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Semak maklumat lengkap di bawah untk semakan status dan tarih bayaran STR Fasa 3 2025.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN (STR FASA 3 2025)

APA ITU STR FASA 3 2025?

STR 2025 adalah kesinambungan daripada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bertujuan untuk menyediakan bantuan tunai kepada rakyat yang layak. Bantuan ini diberikan secara berperingkat dan telah memasuki fasa ketiga pembayaran bagi tahun 2025. Kategori penerima STR termasuklah:

  • Isi rumah berpendapatan rendah (B40 dan M40)
  • Warga emas bujang atau tiada pasangan
  • Individu bujang berpendapatan rendah

APAKAH SYARAT KELAYAKAN STR 2025?

Beberapa syarat telah ditetapkan kepada pemohon STR 2025 bagi memastikan bantuan ini dapat disalurkan kepada golongan sasar,. Berikut kelayakan yang ditetapkan mengikut kategori pemohon:

KATEGORI PEMOHONSYARAT KELAYAKAN
ISI RUMAH– Kahwin atau;
– Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
– Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
WARGA EMAS
(TIADA PASANGAN)
– Bujang atau;
– Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
– Berumur 60 tahun ke atas.
– Pendapatan RM5,000 ke bawah.
BUJANG– Bujang atau;
– Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
– Berumur 21-59 tahun.
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
– Pendapatan RM2,500 ke bawah.

CARA SEMAKAN STATUS STR FASA 3

Untuk memastikan anda layak menerima bantuan STR Fasa 3, pemohoan perlu membuat semakan status secara dalam talian melalui portal rasmi STR. Ikuti langkah dibawah untuk buat semakan status terkini:

  • Buka laman rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  • Pada halaman Utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  • Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  • Sila tekan pada butang [Log Masuk].
  • Kemudian, Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  • Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.
  • Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  • Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  • Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  • Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
  • Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  • Proses semakan selesai.

BILAKAH TARIKH BAYARAN STR FASA 3?

Bayaran bagi bantuan tunai STR diberi secara berperingat sepanjang tahun 2025 dan untuk fasa 3 bayaran mula dikreditkan pasa 12 Ogos 2025.

Jadual pembayaran STR bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1: 22 – 28 Januari 2025
  • Fasa 2: 24 April 2025
  • Fasa 3: 12 Ogos 2025
  • Fasa 4: November 2025

Penafian: Tarikh bayaran rasmi akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi kerajaan.

BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN STR 2025?

Jumlah yang diperuntukkan adalah bergantung kepada kelayakan kategori penerima dengan merujuk panduan dibawah:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
ISI RUMAH (B405 Anak Ke Atas : RM2,500
3-4 Anak : RM2,000
2-1 Anak : RM1,500
Tiada Anak : RM1000
IS RUMAH (M40)5 Anak Ke Atas : RM1,250
3-4 Anak : RM1,000
2-1 Anak : RM750
Tiada Anak : RM500
WARGA EMASRM600
BUJANGRM600

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan STR Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Email : [email protected]

Leave a Comment