STR CHECK STATUS FASA 3 : (2025) SEMAKAN ONLINE KELAYAKAN PENERIMA
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif bantuan kewangan daripada kerajaan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40. Kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 3 akan mula dikreditkan secara berperingkat kepada penerima yang layak. Menurut Kementerian Kewangan, seramai 8.6 juta penerima akan mendapat manfaat dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion. Bantuan ini bukan sahaja bertujuan mengurangkan beban kewangan isi rumah, malah memastikan golongan sasar dapat menikmati kesejahteraan hidup yang lebih baik. STR Fasa 3 merangkumi bayaran kepada pelbagai kategori termasuk bujang, isi rumah, dan warga emas.
Dengan kemudahan check status STR secara online, penerima tidak lagi perlu hadir ke kaunter. Ketahui panduan lengkap check status STR dalam artikel yang disediakan di bawah.
BACA JUGA: SEMAK BAYARAN FASA 3 STR KATEGORI BUJANG 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Untuk memastikan bantuan STR disalurkan kepada yang memerlukan, terdapat beberapa syarat kelayakan mengikut kategori pemohon isi rumah, warga emas dan bujang yang perlu dipenuhi. Antaranya ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang yang masih menuntut secara sepenuh masa di IPTA/IPTS, hanya layak dimasukkan sebagai anak atau tanggungan dalam permohonan isi rumah. Mereka tidak dibenarkan membuat permohonan secara individu sebagai kategori bujang.
BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 3?
Berdasarkan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan, penerima yang layak STR Fasa 3 akan menerima bayaran bermula 12 Ogos 2025 secara berperingkat. Jadual fasa bantuan dan tarikh bayaran disertakan di bawah:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
BAGAIMANA CARA BAYARAN STR FASA 3 DIBERI?
Bantuan STR Fasa 3 dibayar melalui dua cara bergantung pada jenis penerima sama ada mempunyai akaun bank atau tiada akaun. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 3?
Setiap penerima STR Fasa 3 akan menerima jumlah bantuan berbeza mengikut kategori mereka antara RM150-RM650. Lihat jadual di bawah untuk butiran lengkap jumlah bantuan yang layak diterima:
| KATEGORI PENERIMA | PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|---|
| ISI RUMAH B40 | <RM2500 | RM150-RM650 |
| ISI RUMAH M40 | RM2501-RM5000 | RM150-RM300 |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | <RM5000 | RM150 |
| BUJANG | <RM2500 | RM150 |

STR CHECK STATUS FASA 3
Penerima bantuan kini boleh check status kelayakan STR Fasa 3 secara atas talian dengan melayari laman rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Jom lihat langkah mudah untuk buat semakan melalui portal MySTR:

- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN
Panduan bagi STR Check Status ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]