STR BUJANG SEMAKAN FASA 3 : SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN TUNAI (2025)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban hidup rakyat, termasuk golongan bujang, isi rumah dan warga emas. Pengumuman rasmi dari kerajaan telah memaklumkan bahawa bayaran STR Fasa 3 akan mula dikreditkan secara berperingkat mengikut tarikh yang ditetapkan. Dalam Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan dana besar bagi memastikan bantuan ini dapat dinikmati oleh jutaan penerima yang layak. Jumlah keseluruhan penerima dianggarkan melebihi 8.6 juta orang yang terdiri daripada kategori B40 dan M40. Bagi golongan bujang, bantuan ini dapat digunakan untuk menampung keperluan harian seperti makanan, pengangkutan dan bil utiliti.
Semakan status bayaran STR Fasa 3 boleh dilakukan secara dalam talian bagi memudahkan penerima mengetahui kelayakan mereka. Ketahui panduan lengkap membuat semakan yang telah disediakan dalam artikel di bawah.
BACA JUGA: CARA LOGIN MYSTR FASA 3 2025 ONLINE
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Beberapa syarat telah ditetapkan mengikut kategori pemohon isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak menerima bantuan. Syarat-syarat tersebut termasuk:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN STR FASA 3?
Untuk memudahkan penerima, bantuan STR Fasa 3 disalurkan menerusi dua cara berbeza bergantung kepada jenis penerima sama ada mempunyai akaun bank atau tiada akaun. Rujuk butiran di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
BERAPAKAH JUMLAH STR FASA 3 BUJANG?
Penerima kategori bujang akan menerima RM150 bagi STR Fasa 3 2025 ini. Rujuk jadual di bawah untuk info yang lebih jelas:
| PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BUJANG BELIA | RM150 |
| BUJANG WARGA EMAS | RM150 |
| BUJANG OKU | RM150 |

BILAKAH TARIKH BAYARAN STR FASA 3?
Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa bayaran STR Fasa 3 akan disalurkan secara berperingkat bermula 12 Ogos 2025 kepada semua penerima yang layak. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat fasa bantuan dan tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
STR BUJANG SEMAKAN FASA 3
Semakan bagi status bayaran bantuan tunai STR Bujang Fasa 3 boleh dibuat melalui atas talian laman rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi MySTR yang disediakan oleh kerajaan:

- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN
Panduan bagi STR Bujang Semakan Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]