LOG MASUK SEMAKAN STR : (FASA 3 2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

LOG MASUK SEMAKAN STR : (FASA 3 2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan tunai langsung daripada kerajaan untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40. Berdasarkan pengumuman rasmi, bayaran STR Fasa 3 bagi tahun 2025 akan mula dikreditkan secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dalam Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan dana yang besar bagi memastikan bantuan ini sampai kepada penerima yang benar-benar layak. Dianggarkan lebih 8.6 juta penerima daripada pelbagai kategori akan menerima manfaat, termasuk isi rumah, bujang dan warga emas. Bantuan ini bertujuan mengurangkan tekanan kos sara hidup, terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Melalui portal rasmi STR, penerima boleh log masuk untuk membuat semakan status kelayakan dengan mudah secara dalam talian. Ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut.

BACA JUGA: SEMAK JUMLAH BAYARAN TERKINI BANTUAN STR 2025 (FASA 3)

APAKAH SYARAT BANTUAN STR?

Untuk memastikan bantuan STR disalurkan kepada yang memerlukan, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi mengikut kategori pemohon sama ada isi rumah, warga emas tiada pasangan atau bujang. Antaranya ialah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Makluman: Bujang berusia 21 tahun ke atas serta OKU 19 tahun ke atas (masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS) hanya boleh disenaraikan sebagai tanggungan dalam permohonan isi rumah, bukan pemohon individu bujang.

BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN MASUK STR FASA 3?

Jumlah bayaran STR Fasa 3 yang diterima antara RM150-RM650 bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing. Berikut adalah jadual menunjukkan kategori dan jumlah bantuan yang ditetapkan:

KATEGORI PENERIMAPENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAH B40<RM2500RM150-RM650
ISI RUMAH M40RM2501-RM5000RM150-RM300
WARGA EMAS TIADA PASANGAN<RM5000RM150
BUJANG<RM2500RM150
BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN MASUK STR FASA 3?

BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN MASUK STR?

Pembayaran masuk STR Fasa 3 dilaksanakan melalui dua cara utama, disesuaikan mengikut jenis penerima sama ada mempunyai akaun bank atau tiada akaun seperti butiran berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BILAKAH TARIKH MASUK BAYARAN STR FASA 3?

Mengikut makluman daripada Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 3 akan bermula 12 Ogos 2025 secara berperingkat untuk penerima yang layak. Berikut adalah jadual fasa bantuan dan tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4NOVEMBER

CARA LOG MASUK SEMAKAN STR

Penerima STR Fasa 3 yang ingin menyemak status kelayakan boleh log masuk melalui laman rasmi yang disediakan pihak kerajaan https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Berikut ialah panduan semakan yang lengkap melalui portal rasmi MySTR:

CARA LOG MASUK SEMAKAN STR
  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Tekan pada butang [Log Masuk].
    • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
    • Tekan [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  7. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  8. Klik pada butang [Semakan 2025].
    • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  9. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
CARA LOG MASUK SEMAKAN STR

RUJUKAN

Panduan bagi Log Masuk Semakan STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment