JUMLAH STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA (BUJANG, ISI RUMAH, WARGA EMAS)

JUMLAH STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA (BUJANG, ISI RUMAH, WARGA EMAS)

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 telah diumumkan sebagai salah satu inisiatif penting dalam Belanjawan 2025 untuk membantu rakyat yang memerlukan. Melalui bantuan ini, kerajaan memberi fokus kepada golongan B40 dan sebahagian M40. Seramai 8.6 juta penerima akan mendapat manfaat bagi meringankan kos sara hidup harian. Bantuan ini bukan sahaja menyalurkan wang tunai, malah menjadi sokongan kewangan langsung bagi memastikan rakyat mampu memenuhi keperluan asas. Penerima yang layak termasuk mereka dengan pendapatan rendah, keluarga besar, serta warga emas tanpa pasangan. Inisiatif ini juga bertujuan mengurangkan jurang pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan sosial.

Dengan pelaksanaan secara berperingkat, orang ramai boleh membuat semakan untuk mengetahui jumlah bayaran yang akan diterima. Ikuti artikel ini untuk info lengkap tentang jumlah STR Fasa 3.

BACA JUGA: SEMAK STATUS BAYARAN STR FASA 3

SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Ada beberapa syarat telah ditetapkan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak menerima bantuan STR ini. Syarat-syarat tersebut termasuk:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang yang masih menuntut secara sepenuh masa di IPTA/IPTS, hanya layak dimasukkan sebagai anak atau tanggungan dalam permohonan isi rumah. Mereka tidak dibenarkan membuat permohonan secara individu sebagai kategori bujang.

BILAKAH TARIKH BAYARAN STR FASA 3?

Mengikut makluman daripada Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 3 akan bermula 12 Ogos 2025 secara berperingkat untuk penerima yang layak. Berikut adalah jadual fasa bantuan dan tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4NOVEMBER

BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN STR FASA 3 DISALURKAN?

Bantuan STR Fasa 3 dibayar melalui dua cara bergantung pada jenis penerima sama ada mempunyai akaun bank atau tiada akaun. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BAGAIMANAKAH CARA SEMAK STR FASA 3?

Status penerima STR Fasa 3 yang layak boleh disemak melalui portal rasmi MySTR secara online https://bantuantunai.hasil.gov.my. Berikut disertakan langkah-langkah lengkap untuk membuat semakan:

BAGAIMANAKAH CARA SEMAK STR FASA 3?
  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Tekan pada butang [Log Masuk].
    • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
    • Tekan [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  7. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  8. Klik pada butang [Semakan 2025].
    • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  9. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
BAGAIMANAKAH CARA SEMAK STR FASA 3?

JUMLAH STR FASA 3 2025

Jumlah bayaran STR Fasa 3 akan diagihkan antara RM150-RM650 mengikut kategori kelayakan penerima. Semak jadual di bawah tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

KATEGORI PENERIMAPENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAH B40<RM2500RM150-RM650
ISI RUMAH M40RM2501-RM5000RM150-RM300
WARGA EMAS TIADA PASANGAN<RM5000RM150
BUJANG<RM2500RM150
JUMLAH STR FASA 3 2025

RUJUKAN

Panduan bagi Jumlah STR Fasa 3 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment