SEMAKAN STR BUJANG FASA 3 : SEMAK STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
STR Bujang Fasa 3 adalah salah satu kategori bantuan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diberikan khusus kepada golongan bujang berpendapatan rendah. Mengikut Belanjawan 2025, bantuan ini turut merangkumi penerima daripada kategori B40 yang memenuhi syarat kelayakan. Berdasarkan pengumuman terkini, pembayaran Fasa 3 akan bermula dengan peruntukan besar bagi memastikan semua penerima layak mendapat bantuan tepat pada masanya. Sejumlah 8.6 juta penerima keseluruhan STR, termasuk golongan bujang, akan menerima manfaat pada fasa ini. Tujuan utama bantuan ini adalah membantu meringankan beban kos sara hidup, terutamanya bagi mereka yang tiada pendapatan tetap atau berpendapatan rendah.
Semakan status penerima STR Bujang Fasa 3 layak atau tidak boleh dibuat secara dalam talian untuk memudahkan proses pengesahan. Ketahui info lanjut dalam artikel yang telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: CHECK STATUS PENGKREDITAN BANTUAN STR FASA 3 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Hanya penerima yang memenuhi syarat tertentu sahaja layak menerima bantuan STR Fasa 3 ini. Berikut adalah antara syarat tersebut:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Perhatian: Jika anda bujang dan masih belajar di IPT, anda tak boleh mohon sebagai individu. Anda hanya boleh disenaraikan bawah tanggungan dalam permohonan isi rumah.
JUMLAH BANTUAN STR BUJANG FASA 3
Individu kategori bujang akan menerima jumlah bantuan STR Fasa 3 2025 seperti butiran berikut:
| PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BUJANG BELIA | RM150 |
| BUJANG WARGA EMAS | RM150 |
| BUJANG OKU | RM150 |

TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Mengikut pengumuman rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 3 akan mula dikreditkan secara berperingkat kepada penerima layak mulai 12 Ogos 2025. Berikut adalah jadual fasa bantuan berserta tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
CARA BAYARAN STR 2025
Bantuan STR Fasa 3 2025 dibayar melalui dua cara bergantung pada jenis penerima. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SEMAKAN STR BUJANG FASA 3
Semakan bagi status penerima STR Bujang Fasa 3 boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN
Panduan bagi Semakan STR Bujang Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]